Tuesday, June 30, 2009

AMALAN SONGSANG PERKHIDMATAN AWAM

10 AMALAN SONGSANG PENJAWAT AWAM




Kebanyakan dari rakyat Malaysia pasti telah ,sedang dan akan mendapatkan perkhidmatan dari agensi - agensi kerajaan.Dari pengalaman mereka yang sebahagian nya mendapat layanan yang baik dan mesra.Tak kurang yang serik untuk mendapatkan perkhidmatan kerana mendapat layanan yang memeritkan.



Amalan songsang pegawai dan kakitangan awam yang sering berlaku adalah seperti berikut:-



1. Pegawai / kakitangan yang berkerja mengikut semua peraturan tidak disukai oleh rakan dan sebahagian pelanggan.



2. Kawasan pejabat kerajaan adalah kawasan larangan merokok.Tetapi pegawai/kakitangan selamba saja menghisap rokok dikawasan pejabat atau lebih teruk dalam pejabat pun hisap rokok.



3. Kawasan pejabat kawasan dilarang merokok tetapi dalam pengambilan pekerja / pegawai baru mereka yang merokok masih diambil bekerja dan mereka ini sentiasa melanggar peraturan dilarang merokok dalam kawasan pejabat.



4. Pegawai/kakitangan kerajaan berkasar dengan pelanggan.Padahal kerana pelangganlah mereka dilantik berkerja.



5. Pegawai bertugas dikaunter sebahagiannya lebih utama melayan kawan dari pelanggan yang memerlukan perkhidmatan.



6. Pegawai atasan langgar peraturan boleh tapi tidak untuk orang bawahan.Seperti salahguna kenderaan dan alatan jabatan.

7. Dimana perkhidmatan memerlukan pelanggan mengambil nombor giliran tetapi ada yang "dikecualikan" kerana ada kenalan.Yang ambil nombor kenalah tunggu.

8. Pegawai ikut arahan kontrektor bukan kontrektor ikut arahan pegawai dalam menentukan kerja-kerja yang sedang dilakukan.

9. Pengesahan siap kerja sebelum kerja siap(arahan kontrektor?).

10. Pegawai sukar menerima cadangan pelanggan malah pelanggan di marahi.

Wednesday, June 17, 2009

KEPUTUSAN DAHULU BARU KAJI

KEPUTUSAN DIBUAT DAHULU KAJI KEMUDIAN

Kebiasaan ahli politik yang banyak idea.Bila bercakap atau berucap jarang berfikir akan akibatnya secara jangka panjang.Lebih - lebih lagi apabila poitikus terbut adalah dalam kategori heavyweight.

Dari dahulu perangai ini diamalkan.Terkini apabila Muhyiddin Yassin cakap utk hadkan jumlah mata pelajaran bagi peperiksaan SPM kepada 10 subjek saja,,maka pada 17.06.09 muktamadlah apa yang dicadangkan itu.Disamping itu kita tunggu pula untuk mewajibluluskan bahasa Ingeris bagi mendapatkan sijil penuh SPM.Perlu diingat KEPUTUSAN TELAH DIBUAT,cuma menunggu untuk memuktamadkan saja.

Wajib lulus subjek bahasa Inggeris untuk dapat sijil penuh SPM satu isu yang perlu dibahaskan.Mengikut fitrah,pelajar yang normal semua mahukan lulus cemerlang dalam semua mata pelajaran yang diambil.Kemampuan dan kaedah pembelajaran memainkan peranan yang penting.Kemampuan adalah usaha oleh pelajar manakala kaedah pembelajaran perlu disediakan oleh kerajaan dan penglibatan guru yang komited.Diluar bandar terutama sekolah rendah sebahagian guru yang mengajar bahasa inggris bukan terdiri dari guru bahasa Inggeris.Mereka mungkin boleh bertutur dalam bahasa tersebut tapi kaedah mengajar bahasa dengan betul tidk ada.

Renungkan lah wahai sibijak pandai

Sunday, May 17, 2009

AMALAN SONGSANG UMAT ISLAM





Umat Melayu telah Islam lebih setengah abad.Melalui pebagai tranformasi dan evolusi dalam pengamalan Islam.Baik dari segi Aqidah,Fikah dan Akhlak.Tetapi setelah sekian lama umat Melayu ini Islam masih terlalu banyak AMALAN SONGSANG diamalkan samaada secara sedar atau tidak.Samaada demi mempertahankan adat Melayu kuno.Mengikut budaya dan adat penjajah.Tidak ketinggalan mengamalkan amalan ugama yang dianuti sebelumnya.Apa alasannya amalan ini sememangnya menyalahi amalan yang dituntut oleh Agama Islam yang maha suci.Antara amalannya yang sering kita lihat diamalkan oleh umat Melayu Islam adalah:-




1) Upacara menyambut tetamu(pemimpin) luar negara.

Bersalaman antara bukan muhrim.Susunan dalam majlis/tempat duduk isteri tetamu akan bersebelahan dengan tetamu lelaki dan isteri tetamu bersebelahan pemimpin lelaki(ikut protokol kononnya)


2) Pemimpin tidak hormati fatwa oleh Majlis Fatwa Kebangsaan/Negeri.

Pemimpin politik atau kerajaan sewenang-wenangnya melanggar fatwa yang dikeluarkan secara resmi.Seolah-olah fatwa ini untuk rakyat bukan untuk pemimpin atau pembesar.Sebagai contoh majlis peringatan ditugu negara.


3) Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan bukan muhrim.

Pergaulan bebas biasanya ditakrifkan bila berlaku pesta-pesta dimana terdapat kumpulan manusia lelaki dan perempuan bergaul secara bebas.Tetapi yang dimaksudkan disini adalah perlakuan bergaul bebas dalan lakonan untuk menghasilkan drama atau filem.Berpelukan,tidur-tiduran,pendedahan aurat keterlaluan apalagi perlakuan merogol dan adegan ranjang.Perkara ini dilihat telah manjadi norma kepada sebahagian umat Melayu Islam.Tidak dilihat sebagai satu amalan songsang.Suami yang meredhai isteri dan ayah yang meredhai anak berpelakuan seperti ini adalah di hukum suami dan ayah yang dayus.


4) Upacara pernikahan dan perkahwinan yang melampaui batas.

Upacara pernikahan dan perkahwinan secara melapaui tuntutan Agama Islam semakin menjadi-menjadi.Bermegah,membazir dan menghilang barakah perkahwinan.Satu lagi kesan ia menjadi ikutan sebahagian umat hingga enyusahkan untuk berkahwin.


5)

Monday, March 30, 2009

RASUAH

Sejak ada manusia adalah rasuah.Peringatan diberi dari masa ke semasa tentang bahaya rasuah sama ada didunia lebih - lebih lagi di akhirat nanti.Rasuah berubah dari masa mengikut peredaran zaman.Kalau dulu rasuah dalam bentuk benda(barangan) sekarang seribu satu macam cara dan jenis rasuah telah ujud.

RASUAH UNTUK DAPAT PROJEK: Pemberi rasuah akan pastikan projek akan dapat kepadanya,rasuah akan berlaku dari mendapat maklumat peruntukan,butiran tender atau sebutharga seterusnya kepada Ahli J/Kuasa Tender atau Sebutharga.Bentuk rasuah biasa dalam bentuk tunai,barangan berharga,perkhidmatan dan lawatan dalam dan luar negara.

RASUAH UNTUK SAMBONG KONTRAK:Biasa berlaku untuk menyambong kontrak bekalan bahan atau pendaftaran keewangan.Perasuah biasanya menghantar barangan berupa hamper kepada yang berkenaan di jabatan kerajaan,setiap kali hampir tamat kontrak hamper akan disediakan sama dihantar kerumah atau datang ambil ke premis pembekal.

RASUAH UNTUK DAPAT JAWATAN:Biasa berlaku dalam organisasi yang penyandang mempunyai kuasa,seperti parti politik,koperasi dan persatuan.Rasuah dalm bentuk wang tunai,jawatan,perkhidmatan dan barangan berharga.

RASUAH UNTUK KENAIKAN PANGKAT: Berlaku dalam organisasi kerajaan dan swasta dimana penjawat sama ada layak atau tidak untuk naik pangkat.Paling malang sekiranya perasuah adalah mereka yang tak layak.Rasuah bisanya dalam bentuk pemberian barangan berharga dan perkhidmatan.Juga termasuk menggunakan peruntukan dan kemudahan organisasi bagi mencapai cita-citanya.

RASUAH UNTUK MENDAPAT GELARAN:Orang yang mementingkan gelaran akan gunakan rasuah untuk mendapatkannya.Biasanya dalam bentuk kewangan.Juga menggunakan peruntukan dan kemudahan organisasi bagi mencapai cita-cita peribadi.

RASUAH UNTUK MENDAPATKAN KAWASAN PEMBALAKAN:Sejak dulu menjadi tradisi pembalak-pembalak akan membelanjakan sejumlah wang untuk mendapat kawasan pembalakan.Dari serendah-rendah jawatan (yang terlibat) hinggalah jawatan kanan dan sebahagian ahli politik yang berpengaruh akan mendapat bahagian setelah kawasan dikerjakan.Sebab itulah kawasan Hutan Simpan kekal pun dibalaki.

RASUAH MELEPASKAN DIRI DARI TINDAKAN UNDANG-UNDANG:Berlaku kepada pengamal yang selau melnggar undang-undang,sama ada undang2 Polis,Kastam,Imigresyen dan semua Agensi Penguatkuasa Undang-undang.Kesalahn kecil dilakukan dengan pemberian tunai,barangan berharga.Jika kesalahan besar harta tak alih,harta alih,lawtan luar negara,pemberian tunai secara tetap(melalui akaun/tunai).Timbullah istilah Mahkamah ditepi jalan,di coffe house,di jetty dan kompleks membelibelah.

RASUAH MEMUDAHKAN PERKHIDMATAN:Biasa berlaku di Agensi kerajaan yang menyediakan perkhidmatan secara monopoli dan perkhidmatan yang penting.Rasuah biasa dilakukan secara langsong dengan pegawai atasan atau pegawai yang melakukan kerja secara spesifik.Secara tak langsong pemberian hadiah atau baucar atau tunai kepada kelab-kelab di jabatan apabila kelab mengadakan kegiatannya.Pemberian hamper adalah paling lazim.

Tetapi ramai orang yang merasuah tidak akan mengaku bahawa perbuatan nya adalah RASUAH.Bermacam - macam nama gantian diberikan seperti HADIAH,SEDEKAH,PEMBERIAN TANDA HATI,SUMBANGAN,KAUTIM,DUIT TEA DLL.

Sunday, March 29, 2009

SELAMAT HARI POLIS

Polis baru saja menyambut harinya .Berbagai azam,cogan.kata-kata semangat dilaungkan.Tetapi pada pandangan saya ini hanya selogan dari para pembesar-pembesar polis di Malaysia.Dari pengalaman saya,satu pun selogan tersebut tidak jadi realiti.Arahan lapan minit sampai ketempat berlaku jenayah...hanya atas kertas.Layanan yang mesra dan cepat dan betul....hanya angan-angan.

Sepatutnya pembesar polis ni lihat apa yang berlaku di bawah,yang berhubung terus dengan orang ramai/yang membuat laporan.Adakah tidak ada pilih kasih?Adakah laporan diambil secara serius?Adakah penghapusan jenayah kecil diambil berat?

Ambil laporan macam terpaksa.Bergurau tak tentu tempat.Tidak utamakan yang utama.Tidak simpati terhadap orang yang membuat laporan dan 1001 macam lagi.

Wednesday, March 25, 2009

ANTARA ARAHAN TUHAN DAN ARAHAN PLKN

Siri pertama latihan PLKN telah tamat pada 11.03.2009.Telah dua orang anak saya terpilih.Kedua-duanya perempuan.Sejak latihan ini diperkenalkan hati kecil saya memang tidak bersetuju anak-anak perempuan terlibat.Saya tahu banyak module latihan tidak sesuai dengan fitrah perempuan.Apalagi sejak kecil anak-anak dididik dengan ajaran Islam yang tidak bergaul bebas,pakaian menutup aurat secara sempurna,membatas pergaulan walaupu sesama wanita seperti kehendak Islam.

Kebimbangan menjadi kenyataan.Anak dicampur dengan yang bukan Islam dalam satu bilik dimana agak sukar untuk menyiapkan diri selepas mandi.Mandi terdedah aurat dengan gadis bukan Islam.

Di tambah dengan tidak mengambil berat soal solat.Apabila outing solat entah kemana.Solat dipandang ringan,disamping melewatkan waktu hinggalah mengamalkan qada' solat.

Apa yang amat dipentingkan adalah soal makan,perpaduan,integrasi(kononnya).Beberapa pelatih sanggup minta berhenti untuk menyambong pelajaran(helah agak tidak terlibat dengan latihan yang menyeksakan).

Apakah tidak cukup anak lelaki untuk latihan ini(saya sangat menyokong perkara ini).Buat lah latihan ini dengan mengambil kira sensitiviti anak -anak kami yang perempuan yang dididik secara lembut.Bagi mereka(perempuan) yang hendak secara sukarela....biarkan,pilihlah mereka.

Jangan lah peraturan dunia diutamakan sehingga menyisehkan perintah ALLAH.

Tuesday, March 24, 2009

KETIDAKBERANIAN MEMBUAT KEPUTUSAN

Peristiwa di Perak melihat KETIDAKBERANIAN pehak yang "mahir" undang-undang membuat keputusan yang melibatkan BOSNYA.Sindrome ini sebenarnya berlaku dimana-mana jabatan kerajaan dan pegawainya yang mempunyai pelbagai kepentingan.Pangkat,periok nasi,wang dan pelbagai.

Tolak menolak mengambil tanggong jawab adalah suatu yang lazim berlaku bila melibatkan pemimpin "yang ditakuti".KemanA hilangnya ngauman WITHOUT FEAR AND FAVOUR?Dengan budak kecik bolehlah.........

Usahlah cakap fasal kompeten,adil,saksama dan pelbagai nilai-nilai murni.Ini semua akan hilang apabila berhadapan dengan orang lebih atas.Tiada lagi peraturan dan prosedur,,semuanya ikut telunjuk.Tiada lagi BERCAKAP BENARLAH WALAUPUN PAHIT.