Monday, December 22, 2008

BAYI,KANAK-KANAK DAN REMAJA

BAYI,KANAK-KANAK,REMAJA,DEWASA DAN WARGA EMAS

Semua orang ada tafsiran sendiri.Ikut kepentingan masing-masing.Pengiklan susu formula selalu guna BAYI.Untuk sukan tadika kita selalu sebut KANAK-KANAK. Untuk akviti semasa cuti sekolah kita selalu libatkan REMAJA.Untuk jadi ahli parti politik kita mesti DEWASA.Dan untuk menerima sumbangan menjelang pilihanraya penerima mestilah WARGA EMAS.Jadi Musa Hassan kata Jerit mengekploitasi KANAK-KANAK untuk menyampaikan Memorandum.Manakala penganjur mengatakan mereka menggunakan para REMAJA dalam kayuhan tersebut.Musa dengan tegasnya mengatakan tidak ada sebarang aktiviti yang boleh menggunakan KANAK-KANAK(rujuk Buletin Utama 21 dan 22 Disember 2008).Cakap janganlah lepas aje.Berapa ribu KANAK-KANAK digunakan bila perayaan hari merdeka?Berapa ranai KANAK-KANAK diekploitasi dalam iklan untuk melariskan produk walaupun produk tak berguna?

Sebelum bercakap pasal ini kena belajar difinasi dulu.Siapa itu KANAK-KANAK,REMAJA.Kalau semua ikut interpretasi sendiri saya harap jangan salahkan sesiapa ini dikatakan DEMOKRASI.Jangan untuk kita kita kata ini DEMOKRASI , tetapi bila orang lain buat kita katakan DEMOCRAZE. Kalau menyuraikan Demontrasi jangan pulak polis dikatan POLISCRAZE(Pinjam istilah Musa Hassan).

Untuk Pemahaman disini adalah istilah yang disebutkan diatas:

BAYI = UMUR SEHARI HINGGA 2 TAHUN
KANAK-KANAK = 2TAHUN HINGGA 12 TAHUN
REMAJA = 13 TAHUN HINGGA 20TAHUN
DEWASA = 21TAHUN HINGGA 55TAHUN
WARGA EMAS = 56 TAHUN KEATAS

Kesimpulan dari kenyataan Musa Hassan....yang mengayuh basikal dari utara ke bangunan parlimen ada manusia berumur 2 tahun hingga 12 tahun.JANGAN BUAT LAWAK LAAAA!