Monday, November 9, 2009

4 GOLONGAN YANG MELAKUKAN KEMUNGKARAN( 4 )

4 GOLONGAN YANG MELAKUKAN KEMUNGKARAN(4)

Golongan ini di kenal pasti sebagai golongan menggunakan akal yang tidak dipandu oleh nas dan hujah yang muktabar.Mereka terdiri bukan saja yang jahil dari segi ilmu agama malah juga terdiri dari mereka yang tinggi ilmu ugama dan berada dalam kelompok orang yang berkedudukan tinggi dalam masyarakat.Tetapi dek kerana berkepentingan selain dari KERANA ALLAH maka pendapatnya selalu bertentangan dengan Nas Al Quran,Hadis,Qiyas dan Ijmak Ulamak.

Sebagai contoh ,pendapat menghalalkan riba atas dasar kononnya untuk kemajuan dan membangun.Pendapat ini bukan datang dari orang jahil,tetapi datang dari orang berilmu.Walau dalam Islam riba bukan satu perkara kecil yang boleh "dihelahkan" supaya ianya halal.Saya sendiri pernah mendengar perkara ini smasa satu ceramah ugama di mesjid yang disampaikan oleh "ulama" yang berkuasa disebuah negeri,alasannya adalah ......darurat.(?)

Bagi golongan pertengahan pula ungkapan seperti ini selalu terdengar,buat apa aleh pandangan dari memandang perempuan,ka perempuan itu cantik dan dijadikan ALLAH untuk lelaki.Perempuan pula mengatakan cantik ini adalah anugerah ALLAH buat apa nak sorok-sorok.Walau pendapat ini bertentangan dengan hadis tetapi golongan ini meneruskannya dan segan silu menghebahkan apabila ada peluang.

Bagi golongan bawahan pendapat seperti beli nombor ekor(berjudi) tak salah kerana mereka bukan mencuri dan antara mereka telah redha meredhai (macam jual beli juga).

Penyelesaian.

Golongan ini pada pendapat ulamak sukar untuk dipulehkan.Prinsip umum mereka adalah "Pendapat aku adalah yang terbaik walaupun terdapat kesalahan" dan "Pendapat lain walaupun ada kebenaran tetapi masih banyak kelemahan".

Golongan ini jika dibiarkan ia akan merosakan agama terutamnya kepada mereka yang mempunyai peluang terbuka untuk menyampaikan pendapatnya melalui pelbagai media terutamanya para penceramah ,pemimpin dan pelakun.

Golongan ini perlu dipantau oleh pehak berkuasa agama secara rapat dan berterusan dan jika perlu tindakan dengan menggunakan undang-undang.Mereka tak sedar bahawa jika berterusan melakukan nya ia boleh menjejas aqidah,kerana menolak nas Al Quran dan Hadis .

Thursday, October 8, 2009

PEMAKAIAN PURDAH BAGI WANITA

PURDAH

Sejak kenyataan Syeikhul Al Azhar bercadang melarang wanita Islam memakai purdah pada 7hb Oktober .Ia disahut oleh Nik Aziz dan pada hari berikutnya disahut oleh pemimpin muslimah PAS.Apakah wajar dua pemimpin Islam ini ingin mencadangkan pengharamannya?Saya tak hairan kalau saranan ini datang dari SIS atau Pengarah Akademi Fantasia.Tapi datang dari mereka yang kononnya memperjuangkan Islam.Apakah negara ini telah terancam dengan jenayah yang dilakukan oleh orang yg berpurdah?Untuk mengadakan sesuatu arahan atau cadangan biar kena pada tempat dan masa.

Kedua pemimpin ini menyentuh tentang bagaimana menutup aurat wanita dalam Islam.Jadi saya ingin menganjurkan kepada Nik Aziz dan Siti Zailah mengarahkan perempuan PAS supaya menutup aurat dengan sempurna pada setiap masa dan setiap tempat.Sempurna bermaksud dari kaki hingga kepala daripada menyuruh wanita Mukmin membuka purdah.Apakah semua muslimah PAS telah memenuhi tuntutan ini.Jangan kuman di Lembah Kelang nampak tapi gajah di Kota Bahru buat-buat tak nampak.

Apakah lebih bahaya wanita berpurdah dari wanita pakai jean tapi nampak lurah punggung?Walaupun berpurdah tidak wajib,tapi ada nas Hadith menganjurkan.Jadi biarkan mereka yang mampu berpurdah memakainya dan mereka tak pulak me "condemn" yang tak pakai.Kalau muslimah PAS tak mampu atau tak mahu nak pakai tetapi jangan halang kalau ada yang nak pakai.Halang dan tegah lah perkara atau perbuatan yang haram dulu dari menghalang manusia Islam buat perkara harus dan baik

Friday, October 2, 2009

4 GOLONGAN YANG MELAKUKAN KEMUNGKARAN(3)



Golongan Ketiga Adalah Golongan Yang Mementingkan Keduniaan Secara Berlebihan.



Golongan ini sebahagiannya mempunyai ilmu,tahu halal haram dan sebahagiannya mempunyai pendidikan agama secara formal.Tetapi dek tuntutan keduniaan yang berlebihan atau keterlaluan,yang haram dilaggar dan yang wajib dengan senang hati ditinggalkan.Golongan ini menjadikan kepentingan dunia adalah keutamaan hidupnya.



Mereka tahu yang membuka aurat kepada yang bukan muhrim adalah salah,kerana kepentingan dunia(seperti majlis - majlis keramaian yang mana kebanyakan tetamu tidak menutup aurat) maka walaupun ia tahu yang itu adalah dosa tetapi kononnya mengikut keadaan maka aurat didedah.



Kebanyakan umat Islam tahu bahawa rasuah adalah satu kesalahan dari segi agama.Ancaman dari ALLAH amat menakutkan tetapi kerana kepentingan dunia(untuk mendapat habuan dunia) rasuah menjadi seperti amalan biasa.



Seperti pelakon,semasa berlakun menjadi orang alim maka terpacul kata-kata nasihat bahawa berpegang tangan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim adalah dosa, berdua-duaan ditempat sunyi adalah haram.Malangnya apabila ia berlakun jadi orang kaya yang sosial,bukan setakat bersalam malah memeluk perempuan jadi perkara biasa saja,padahal ia tahu yang itu dilarang ALLAH,namun kerana kepentingan dunia.

Satu lagi contoh adalah kerana pangkat didunia,mereka sanggup melakukan yang haram yang diketahuinya,seperti rasuah dan sebahagian nya takut menyatakan kebenaran dihadapan pembesar yang melakukan maksiat kerana jaga pangkat dunianya.Masa ini mereka tidak ingat kepada ALLAH.Penceramah agama yang glamour yang berdegar-degar tentang hukum hakam tetapi kerana kepentingan dunia terpaksa bertolak ansur dengan maksiat kerana kepentingan dunia(wang upah ceramah).

Penyelesaiannya:

Manusia seperti ini memang sukar untuk dipulihkan.Selagi mereka meletakan dunia adalah adalah segala-galanya.Walaupun begitu mereka ini masih ada harapan untuk kembali kepada ALLAH dengan selalu di peringatkan(seperti hadir ceramah - ceramah motivasi ),Dibimbing oleh Guru-guru Mursyid sentiasa muhasabah diri dan memohon kepada ALLAH agar di kuatkan Iman dan lebih mudah lagi jika terjadi sesuatu musibah kepadanya dan keluarga,maka kesedaran akan datang INSYA ALLAH.

Wednesday, August 26, 2009

BUFET RAMADHAN

BUFET RAMADHAN

Seperti biasa apabila tiba bulan Ramadhan hotel - hotel berebut mengiklankan bufet untuk berbuka puasa.Berbuka puasa dihotel juga telah menjadi kebiasaan sesetengah umat Islam dinegara kita.Ada sebahagian dari umat Islam tidak ambil kisah hotel mana yang dipilih,asalkan dapat berbuka bersama keluarga atau kawan-kawan.Setelah sehari suntuk berpuasa sepatutnya sebagai penutupnya(berbuka puasa) hendaklah secara yang terbaik.Makanan sewajarnya mestilah halal dan berkhasiat.Oleh kerana bukan semua hotel diiktiraf halal makan umat Islam semestinya memilih hotel yang telah diiktiraf Halal oleh pehak berkuasa.Untuk pnduan umat Islam dari lebih kurang 200 buah hotel dinegeri Pahang pada masa ini hanya terdapat 16 buah hotel saja telah diiktiraf HALAL.Senarai adalah seperti berikut:

1.Hotel Sri Malaysia Kuantan,Kuala Rompin dan Genting Highland
2.Hotel MS Garden,Kuantan
3.Suria Cherating Beach Resort,Kuantan
4.Sanctuary Beach Resort,Kuantan
5.De Rhu Beach Resort,Kuantan
6.Classic Hotel,Kuantan
7.Resort Cafe Resort Hotel,Genting Highland
8.Restoran Kampong Resort Hotel,Genting Highland
9.Rompin Beach Resort,K.Rompin
10.Hotel Rossa Passadena,Cameron Highland
11.Hotel Green Park,Temerloh
12.Awana Genting Highland Golf And Country Resort
13.Hotel Summerset.K.Rompin
14.Hotel Grand Continental,Kuantan.

Walaupun berbuka di hotel bukanlah pilihan terbaik bagi umat Islam.Disamping "Mahal" ia juga boleh melalaikan dari mendirikan solat fardhu.Kalau terpaksa berbuka di Hotel berbuka di hotel yang diiktiraf HALAL dapornya.

Tuesday, August 4, 2009

4 GOLONGAN MELAKUKAN KEMUNGKARAN (2)

EMPAT GOLONGAN YANG MELAKUKAN KEMUNGKARAN(2)

Golongan Ke -Dua: BERILMU TETAPI TIDAK DAPAT MELAWAN NAFSU

Golongan ini mempunyai ilmu.Kadang - kadang mempunyai ijazah pengajian bidang keIslaman dari pusat pengajian yang terkenal.Tahu yang mana satu haram dan yang mana satu halal,yang mana benar atau yang mana palsu.Malah boleh bersyarah tentang ugama Islam dengan baik.Malangnya mereka melakukan kemungkaran.Paling tidak dosa kecil yang sengaja dilakukan tanpa rasa bersalah.Mereka melakukan kerana tidak dapat melawan hawa nafsunya.

Mereka tahu dalam Al Quran mengatakan bahawa nafsu sentiasa mengajak kepada kejahatan,tetapi dek tak dapat melawan hawa nafsu,kemungkaran dilakukan dengan tidak rasa berdosa dan berulang-ulang.Bukan tak tahu bahawa Nabi Muhammad pernah berpesan lebih baik pegang bara api dari bersalam dengan perempuan yang bukan muhram.Bagi perempuan pula bukan tak tahu menutup aurat dengan sempurna adalah wajib,tetapi mereka menutup aurat pada masa-masa tertentu saja dek tak dapat lawan nafsu mereka.Sebahagian pula membiarkan anak isteri melaku perkara yang dilarang oleh Islam(bergaul bebas,buka aurat,membawa yang kawan yang berlainan jantina bukan muhram kerumah dll).Bukan mereka tak tahu perkara tersebut mungkar dan dimurkai ALLAH !

Bagi mereka yang tak berpendidikan agama secara formal,mereka juga tahu halal haram,wajib sunat tetapi dek runtunan hawa nafsu yang wajib(solat,tutup aurat) ditingalkan tanpa sedikit pun rasa bersalah.Perkara haram(rasuah,menipu,merampas hak orang,bergaul bebas dll) dilakukan seperti perkara ini lumrah.

PENYELESAIAN:

Manusia seperti ini perlu didedah kan dengan contoh-contoh para sahabat,tabiin zaman lalu agar menimbulkan kesedaran dan keinsafan.Kerana mereka tahu dan berilmu.Mudah mereka menerima dan insaf atas kelalaian mereka.Diadakan majlis muzakarah ilmu agar mereka melahirkan pendapat dan ilmu mereka.Mereka akan sedar apa yang dilakukan tak sama dengan ilmu yang mereka ada secara tak langsung.Isya ALLah mereka berubah.

Wednesday, July 29, 2009

SELSEMA BABI OH SELSEMA BABI

Dari mula penyakit ini "datang tak dijemput" pehak berwajib mengeluarkan kenyataan "JANGAN BIMBANG",lepas tu "KEADAAN TERKAWAL", selanjutnya "KITA ADA CARA TERSENDIRI UNTUK KAWAL" dan setelah lebih 1,000 kes dan empat kematian mereka masih yakin penyakit ini dapat dikawal sambil mula menyalahkan orang ramai(itu yang kita dengar).Apa yang terjadi dalam bilik mesyuarat kita tak tahu.

Saya melihat SELSEMA BABI akan terus meningkat kerana cara orang yang berkuasa melayani penyakit ini secara TIDAK IKUT PROTOKOL.Apa yang saya maksudkan adalah tentang tindakan yang di panggil KUARANTIN.Apa yang dikuarantin?Pesakit ke?Suspect ke? Incontact Ke? Atau premis?

Apa yang dikuarantin sekarang adalah premis bukan manusia yang diancam SELSEMA BABI.Kita lihat kaedah yang sedang dilaksanakan apa bila satu-satu institusi yang penghuninya ada tanda-tanda Selsema Babi ni.

1. Jika ada suspek maka arahan dan saringan dilakukan dan penghuni di suruh keluar Balik kampong).

2.Penghuni dibiarkan berpusu-pusu keluar dan bercampur aduk dengan manusia diperhentian pengangkutan awam.

3.Didalam kenderaan awam (yang berhawa dingin) mereka bercampur dengan segala macam manusia(sihat atau sakit) .

4.Sampai kerumah mereka bercampur dengan ahli keluarga yang mungkin ada yang sedang bercuti hujung minggu menuntut dimaktab,politeknik dan sekolah berasrama atau tak berasrama.Apajadi mereka ini adalah carrier selsema babi yang baru?

Apa yang berlaku sekarang bangunan dikosongkan tapi penghuninya dibiarkan berkeliaran keseluruh negara selama bercuti 7 hingga 10 hari.

Apakah saringan dilakukan kepada semua penghuni yang INCONTACT.

Apakah jika ada satu kes dikesan dang penghuni diminta meningalkan?Apakah yang lain memang tidak dijangkiti selsema babi?Bagaimana dengan INCUBATION PERIOD NYA?

Janganlah bila berlaku kemalangan tiang lampu dan kenderaan disaman tetapi pemandunya lepas.

Sunday, July 5, 2009

EMPAT GOLONGAN YANG MELAKUKAN KEMUNGKARAN

EMPAT GOLONGAN YANG MELAKUKAN KEMUNGKARAN

Setiap zaman kemungkaran sentiasa dilakukan oleh umat Islam.Bezanya jenis kemungkaran yang dilakukan adalah berbeza dari segi jenis dan peringkat umur yang banyak melakukannya.Kalau dulu yang melakukan kemungkaran adalah terdiri dari mereka yang berilmu.Tetapi sekarang kemungkaran dilakukan oleh berbagai kumpulan manusia Islam.Secara ringkas 4 kumpulan manusia yang sering melakukan maksiat/kemungkaran.

Pertama: Kumpulan Umat Islam Yang Jahil.

Kumpulan ini pada zaman dulu berkurangan kerana budaya menuntut ilmu agama diambil berat.Para ibubapa kebanyakan ingin anak belajar agama.Mereka menghantar anak-anak mereka kerumah tuan guru,kepondok dan paling kurang menghantar anak-anak mengaji Quran kerumah - rumah jiran.

Sekarang,ramai anak -anak umat Islam memandang ilmu agama adalah sebagai ilmu sampingan.Sistem pendidikan lebih menumpukan kepada ilmu-ilmu "duniawi".Maka hasilnya adalah ramai yang jahil tentang ilmu agama Islam.Sehingga ada yang tak tahu membezakan antara Fatihah dengan Syahadah,antara wajib dan haram dan seribu satu kejahilan yang umum tahu.

Kerana kejahilan mereka berterusan melakukan maksiat.Solat ditinggalkan sewenangnya(kerana tidak kesan keduniaan walaupun tak solat).Puasa seperti adat sahaja(kerana bulan Ramadhan semua orang Melayu berbuat begitu).Pergaulan bebas tidak dilihat segai satu kesalahan(kerana terikut budaya asing yang diangap maju).Zina berlaku seperti ianya bukan dosa(kerana suka sama suka).Judi seperti satu cara mencari rezeki(mereka tidak ambil hak orang dan mereka redha meredhai ).Mereka melakukan kerana jahil dan tidak mahu tahu apa yang ada dalam Islam,agama yang mereka "anuti".Maka bergelomanglah mereka dalam dosa.

Penyelesaian:

Mereka perlu dididik dengan Ilmu agama terlebih dahulu sejak dari kecil.Bukan ilmu dunia diajar dulu.Jika anak-anak dididik dengan ilmu agama sejak dari darjah satu hingga tingkatan 3 ,kejahilan ilmu agama akan dapat dihapuskan.Setelah itu baru mereka di ajar ilmu-ilmu duniawi.InsyaAllah dengan didikan agama (Aqidah,Fiqah dan Akhlak) yang sempurna anak-anak ini akan menjadi pelajar yang taat kepada ALLah,Rasul.Ibu bapa dan Guru.

Tuesday, June 30, 2009

AMALAN SONGSANG PERKHIDMATAN AWAM

10 AMALAN SONGSANG PENJAWAT AWAM




Kebanyakan dari rakyat Malaysia pasti telah ,sedang dan akan mendapatkan perkhidmatan dari agensi - agensi kerajaan.Dari pengalaman mereka yang sebahagian nya mendapat layanan yang baik dan mesra.Tak kurang yang serik untuk mendapatkan perkhidmatan kerana mendapat layanan yang memeritkan.



Amalan songsang pegawai dan kakitangan awam yang sering berlaku adalah seperti berikut:-



1. Pegawai / kakitangan yang berkerja mengikut semua peraturan tidak disukai oleh rakan dan sebahagian pelanggan.



2. Kawasan pejabat kerajaan adalah kawasan larangan merokok.Tetapi pegawai/kakitangan selamba saja menghisap rokok dikawasan pejabat atau lebih teruk dalam pejabat pun hisap rokok.



3. Kawasan pejabat kawasan dilarang merokok tetapi dalam pengambilan pekerja / pegawai baru mereka yang merokok masih diambil bekerja dan mereka ini sentiasa melanggar peraturan dilarang merokok dalam kawasan pejabat.



4. Pegawai/kakitangan kerajaan berkasar dengan pelanggan.Padahal kerana pelangganlah mereka dilantik berkerja.



5. Pegawai bertugas dikaunter sebahagiannya lebih utama melayan kawan dari pelanggan yang memerlukan perkhidmatan.



6. Pegawai atasan langgar peraturan boleh tapi tidak untuk orang bawahan.Seperti salahguna kenderaan dan alatan jabatan.

7. Dimana perkhidmatan memerlukan pelanggan mengambil nombor giliran tetapi ada yang "dikecualikan" kerana ada kenalan.Yang ambil nombor kenalah tunggu.

8. Pegawai ikut arahan kontrektor bukan kontrektor ikut arahan pegawai dalam menentukan kerja-kerja yang sedang dilakukan.

9. Pengesahan siap kerja sebelum kerja siap(arahan kontrektor?).

10. Pegawai sukar menerima cadangan pelanggan malah pelanggan di marahi.

Wednesday, June 17, 2009

KEPUTUSAN DAHULU BARU KAJI

KEPUTUSAN DIBUAT DAHULU KAJI KEMUDIAN

Kebiasaan ahli politik yang banyak idea.Bila bercakap atau berucap jarang berfikir akan akibatnya secara jangka panjang.Lebih - lebih lagi apabila poitikus terbut adalah dalam kategori heavyweight.

Dari dahulu perangai ini diamalkan.Terkini apabila Muhyiddin Yassin cakap utk hadkan jumlah mata pelajaran bagi peperiksaan SPM kepada 10 subjek saja,,maka pada 17.06.09 muktamadlah apa yang dicadangkan itu.Disamping itu kita tunggu pula untuk mewajibluluskan bahasa Ingeris bagi mendapatkan sijil penuh SPM.Perlu diingat KEPUTUSAN TELAH DIBUAT,cuma menunggu untuk memuktamadkan saja.

Wajib lulus subjek bahasa Inggeris untuk dapat sijil penuh SPM satu isu yang perlu dibahaskan.Mengikut fitrah,pelajar yang normal semua mahukan lulus cemerlang dalam semua mata pelajaran yang diambil.Kemampuan dan kaedah pembelajaran memainkan peranan yang penting.Kemampuan adalah usaha oleh pelajar manakala kaedah pembelajaran perlu disediakan oleh kerajaan dan penglibatan guru yang komited.Diluar bandar terutama sekolah rendah sebahagian guru yang mengajar bahasa inggris bukan terdiri dari guru bahasa Inggeris.Mereka mungkin boleh bertutur dalam bahasa tersebut tapi kaedah mengajar bahasa dengan betul tidk ada.

Renungkan lah wahai sibijak pandai

Sunday, May 17, 2009

AMALAN SONGSANG UMAT ISLAM





Umat Melayu telah Islam lebih setengah abad.Melalui pebagai tranformasi dan evolusi dalam pengamalan Islam.Baik dari segi Aqidah,Fikah dan Akhlak.Tetapi setelah sekian lama umat Melayu ini Islam masih terlalu banyak AMALAN SONGSANG diamalkan samaada secara sedar atau tidak.Samaada demi mempertahankan adat Melayu kuno.Mengikut budaya dan adat penjajah.Tidak ketinggalan mengamalkan amalan ugama yang dianuti sebelumnya.Apa alasannya amalan ini sememangnya menyalahi amalan yang dituntut oleh Agama Islam yang maha suci.Antara amalannya yang sering kita lihat diamalkan oleh umat Melayu Islam adalah:-




1) Upacara menyambut tetamu(pemimpin) luar negara.

Bersalaman antara bukan muhrim.Susunan dalam majlis/tempat duduk isteri tetamu akan bersebelahan dengan tetamu lelaki dan isteri tetamu bersebelahan pemimpin lelaki(ikut protokol kononnya)


2) Pemimpin tidak hormati fatwa oleh Majlis Fatwa Kebangsaan/Negeri.

Pemimpin politik atau kerajaan sewenang-wenangnya melanggar fatwa yang dikeluarkan secara resmi.Seolah-olah fatwa ini untuk rakyat bukan untuk pemimpin atau pembesar.Sebagai contoh majlis peringatan ditugu negara.


3) Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan bukan muhrim.

Pergaulan bebas biasanya ditakrifkan bila berlaku pesta-pesta dimana terdapat kumpulan manusia lelaki dan perempuan bergaul secara bebas.Tetapi yang dimaksudkan disini adalah perlakuan bergaul bebas dalan lakonan untuk menghasilkan drama atau filem.Berpelukan,tidur-tiduran,pendedahan aurat keterlaluan apalagi perlakuan merogol dan adegan ranjang.Perkara ini dilihat telah manjadi norma kepada sebahagian umat Melayu Islam.Tidak dilihat sebagai satu amalan songsang.Suami yang meredhai isteri dan ayah yang meredhai anak berpelakuan seperti ini adalah di hukum suami dan ayah yang dayus.


4) Upacara pernikahan dan perkahwinan yang melampaui batas.

Upacara pernikahan dan perkahwinan secara melapaui tuntutan Agama Islam semakin menjadi-menjadi.Bermegah,membazir dan menghilang barakah perkahwinan.Satu lagi kesan ia menjadi ikutan sebahagian umat hingga enyusahkan untuk berkahwin.


5)

Monday, March 30, 2009

RASUAH

Sejak ada manusia adalah rasuah.Peringatan diberi dari masa ke semasa tentang bahaya rasuah sama ada didunia lebih - lebih lagi di akhirat nanti.Rasuah berubah dari masa mengikut peredaran zaman.Kalau dulu rasuah dalam bentuk benda(barangan) sekarang seribu satu macam cara dan jenis rasuah telah ujud.

RASUAH UNTUK DAPAT PROJEK: Pemberi rasuah akan pastikan projek akan dapat kepadanya,rasuah akan berlaku dari mendapat maklumat peruntukan,butiran tender atau sebutharga seterusnya kepada Ahli J/Kuasa Tender atau Sebutharga.Bentuk rasuah biasa dalam bentuk tunai,barangan berharga,perkhidmatan dan lawatan dalam dan luar negara.

RASUAH UNTUK SAMBONG KONTRAK:Biasa berlaku untuk menyambong kontrak bekalan bahan atau pendaftaran keewangan.Perasuah biasanya menghantar barangan berupa hamper kepada yang berkenaan di jabatan kerajaan,setiap kali hampir tamat kontrak hamper akan disediakan sama dihantar kerumah atau datang ambil ke premis pembekal.

RASUAH UNTUK DAPAT JAWATAN:Biasa berlaku dalam organisasi yang penyandang mempunyai kuasa,seperti parti politik,koperasi dan persatuan.Rasuah dalm bentuk wang tunai,jawatan,perkhidmatan dan barangan berharga.

RASUAH UNTUK KENAIKAN PANGKAT: Berlaku dalam organisasi kerajaan dan swasta dimana penjawat sama ada layak atau tidak untuk naik pangkat.Paling malang sekiranya perasuah adalah mereka yang tak layak.Rasuah bisanya dalam bentuk pemberian barangan berharga dan perkhidmatan.Juga termasuk menggunakan peruntukan dan kemudahan organisasi bagi mencapai cita-citanya.

RASUAH UNTUK MENDAPAT GELARAN:Orang yang mementingkan gelaran akan gunakan rasuah untuk mendapatkannya.Biasanya dalam bentuk kewangan.Juga menggunakan peruntukan dan kemudahan organisasi bagi mencapai cita-cita peribadi.

RASUAH UNTUK MENDAPATKAN KAWASAN PEMBALAKAN:Sejak dulu menjadi tradisi pembalak-pembalak akan membelanjakan sejumlah wang untuk mendapat kawasan pembalakan.Dari serendah-rendah jawatan (yang terlibat) hinggalah jawatan kanan dan sebahagian ahli politik yang berpengaruh akan mendapat bahagian setelah kawasan dikerjakan.Sebab itulah kawasan Hutan Simpan kekal pun dibalaki.

RASUAH MELEPASKAN DIRI DARI TINDAKAN UNDANG-UNDANG:Berlaku kepada pengamal yang selau melnggar undang-undang,sama ada undang2 Polis,Kastam,Imigresyen dan semua Agensi Penguatkuasa Undang-undang.Kesalahn kecil dilakukan dengan pemberian tunai,barangan berharga.Jika kesalahan besar harta tak alih,harta alih,lawtan luar negara,pemberian tunai secara tetap(melalui akaun/tunai).Timbullah istilah Mahkamah ditepi jalan,di coffe house,di jetty dan kompleks membelibelah.

RASUAH MEMUDAHKAN PERKHIDMATAN:Biasa berlaku di Agensi kerajaan yang menyediakan perkhidmatan secara monopoli dan perkhidmatan yang penting.Rasuah biasa dilakukan secara langsong dengan pegawai atasan atau pegawai yang melakukan kerja secara spesifik.Secara tak langsong pemberian hadiah atau baucar atau tunai kepada kelab-kelab di jabatan apabila kelab mengadakan kegiatannya.Pemberian hamper adalah paling lazim.

Tetapi ramai orang yang merasuah tidak akan mengaku bahawa perbuatan nya adalah RASUAH.Bermacam - macam nama gantian diberikan seperti HADIAH,SEDEKAH,PEMBERIAN TANDA HATI,SUMBANGAN,KAUTIM,DUIT TEA DLL.

Sunday, March 29, 2009

SELAMAT HARI POLIS

Polis baru saja menyambut harinya .Berbagai azam,cogan.kata-kata semangat dilaungkan.Tetapi pada pandangan saya ini hanya selogan dari para pembesar-pembesar polis di Malaysia.Dari pengalaman saya,satu pun selogan tersebut tidak jadi realiti.Arahan lapan minit sampai ketempat berlaku jenayah...hanya atas kertas.Layanan yang mesra dan cepat dan betul....hanya angan-angan.

Sepatutnya pembesar polis ni lihat apa yang berlaku di bawah,yang berhubung terus dengan orang ramai/yang membuat laporan.Adakah tidak ada pilih kasih?Adakah laporan diambil secara serius?Adakah penghapusan jenayah kecil diambil berat?

Ambil laporan macam terpaksa.Bergurau tak tentu tempat.Tidak utamakan yang utama.Tidak simpati terhadap orang yang membuat laporan dan 1001 macam lagi.

Wednesday, March 25, 2009

ANTARA ARAHAN TUHAN DAN ARAHAN PLKN

Siri pertama latihan PLKN telah tamat pada 11.03.2009.Telah dua orang anak saya terpilih.Kedua-duanya perempuan.Sejak latihan ini diperkenalkan hati kecil saya memang tidak bersetuju anak-anak perempuan terlibat.Saya tahu banyak module latihan tidak sesuai dengan fitrah perempuan.Apalagi sejak kecil anak-anak dididik dengan ajaran Islam yang tidak bergaul bebas,pakaian menutup aurat secara sempurna,membatas pergaulan walaupu sesama wanita seperti kehendak Islam.

Kebimbangan menjadi kenyataan.Anak dicampur dengan yang bukan Islam dalam satu bilik dimana agak sukar untuk menyiapkan diri selepas mandi.Mandi terdedah aurat dengan gadis bukan Islam.

Di tambah dengan tidak mengambil berat soal solat.Apabila outing solat entah kemana.Solat dipandang ringan,disamping melewatkan waktu hinggalah mengamalkan qada' solat.

Apa yang amat dipentingkan adalah soal makan,perpaduan,integrasi(kononnya).Beberapa pelatih sanggup minta berhenti untuk menyambong pelajaran(helah agak tidak terlibat dengan latihan yang menyeksakan).

Apakah tidak cukup anak lelaki untuk latihan ini(saya sangat menyokong perkara ini).Buat lah latihan ini dengan mengambil kira sensitiviti anak -anak kami yang perempuan yang dididik secara lembut.Bagi mereka(perempuan) yang hendak secara sukarela....biarkan,pilihlah mereka.

Jangan lah peraturan dunia diutamakan sehingga menyisehkan perintah ALLAH.

Tuesday, March 24, 2009

KETIDAKBERANIAN MEMBUAT KEPUTUSAN

Peristiwa di Perak melihat KETIDAKBERANIAN pehak yang "mahir" undang-undang membuat keputusan yang melibatkan BOSNYA.Sindrome ini sebenarnya berlaku dimana-mana jabatan kerajaan dan pegawainya yang mempunyai pelbagai kepentingan.Pangkat,periok nasi,wang dan pelbagai.

Tolak menolak mengambil tanggong jawab adalah suatu yang lazim berlaku bila melibatkan pemimpin "yang ditakuti".KemanA hilangnya ngauman WITHOUT FEAR AND FAVOUR?Dengan budak kecik bolehlah.........

Usahlah cakap fasal kompeten,adil,saksama dan pelbagai nilai-nilai murni.Ini semua akan hilang apabila berhadapan dengan orang lebih atas.Tiada lagi peraturan dan prosedur,,semuanya ikut telunjuk.Tiada lagi BERCAKAP BENARLAH WALAUPUN PAHIT.

Sunday, March 22, 2009

BILA RASUAH DIBOLEHKAN

Semua umat Islam tahu bahawa rasuah adalah salah.Dari kecil sampai hampir mati mereka di beritahu oleh ustaz/ulama bahawa pemberi dan penerima rasuah akan masuk neraka.

Kakitangan kerajaan diperuntukan bermacam hukuman jika lakukan rasuah.Dan diujudkan satu badan untuk mengawasi penerima rasuah.Dari BPR jadi BSN dan sekarang SPRM.Hukuman pun makin berat.Kalau dulu ditahun-tahun 70an kebanyakan yang dihukum adalah penerima rasuah dan terdiri dari penjawat awam.Pemberi rasuah biasanya terlepas.Pemberi rasuah hanya dihukum kerana menolak dan melaporkan perbuatan tersebut.Sekarang ada hukum mandatori penjara.

Akta telah berubah beberapa kali.Siapa yang luluskan akta ini?Tentulah orang yang memerintah.Siapa yang memerintah negara kita sejak dahulu?Tentulah orang-orang UMNO yang jadi tiangnya.

Biasanya orang membuat sesuatu undang-undang jarang akan menyusahkan diri sendiri.Kita lah syarat-syarat perjanjian,mestilah ia akan menyebelahi pembuatnya.Begitu juga undang - undang berkaitan rasuah.

Perbuatan yang sama tetapi hukuman berlainan adalah perkara biasa bagi UMNO.Pejawatan awam menerima sedikit sogokan bagi mendapat/mempercepat sesuatu perkhidmatan jika dilaporkan dan didapati bersalah......penjaralah tempatnya.Tetapi perbuatan tang sama berlaku dalam kalangan orang UMNO mereka tidak akan risau,kerana SPRM tidak boleh siasat.Jadi jika hendaklah melakukan rasuah dan tidak dipenjarakan......MASUKLAH UMNO.

POLITIK KEPARTIAN KACAU,RAKYAT TERSEKSA

Kegawatan politik kepartian akibatkan keseluruhan sistem politik tak keruan.Ahli politik kepartian bercakaran,saling tuduh menuduh,mengaku mereka saja yang benar orang lain semuanya salah.Walaupun hati penuh dengan hasad dengki,tamak terhadap dunia,memandang rendah orang yang tak sehaluan dengan mereka dan pelbagai penyakit hati,masih tak malu mengaku bersih dan berkeinginan untuk menegakan kebenaran.

Apa yang dirancang jauh dari mencapai kejayaan secara keseluruhan,kerana ahli politik kepartian berebut jawatan untuk mencapai cita-cita peribadi,mencari kekayaan,mencari pengaruh dan menjatuhkan lawan.Rakyat menanggung derita dengan kecelaruan ini.Jaminan ekonomi tak akan merudum hanya penyedap telinga.Fundamental ekonomi kita kukuh hanya menberi peluang kepada peniaga mengaut keuntungan.

Rakyat jelata yang mengundi parti kesukaan mereka menderita dengan kenaikan belanja hidup yang berlaku setia saat.Peniaga yang tamak terus menerus menaikan harga barang dan perkhidmatan.Pemimpin kerajaan terus bertempik buat itu,buat ini kononnya untuk kepentingan rakyat(pengundi),tetapi rakyat terus menerus dikenakan caj hidup yang semakin tinggi.

Dalam pemerhatian saya sejak tiga tahun yang lalu kebanyakan barangan keperluan harian naik sebanyak lebih dari 100 peratus.Pendapatan rakyat tidak naik malah ada sebahagian dari mereka mendapat pendapatan lebih rendah dari sebelum,apalagi jika dinilai dengan nilai mata wang kita yang semakin lemah.

Wednesday, February 25, 2009

MANUSIA ISLAM DALAM POLITIK KEPARTIAN



Kekecohan demi kekecohan berlaku di tanah air kita.Negara Melayu Islam ni.Walau pn kekecohan politik berlaku sejak orang Malaysia diberi "kebebasan" untuk berpolitik atau lebih tepat berparti politik.



Dari zaman Onn Jaafar,Tunku Rahman dengan Burhanudin,dengan Asri,dengan Mahathir dan seterusnya hinga zaman mutakhir ini.Apakah ini dinamakan politik?Bukan.Politik seperti semua orang maklum adalah kaedah atau cara manusia mentadbir,mengurus sesuatu perkara atau manusia.



Pada masa ini manusia kerani perbezaan pendapat maka tertubuhlah parti-parti politik.Di Malaysia politik kepartian ini beasaskan politik British dengan Raja Berpelembagaan.



Sebagai Manusia Melayu Islam disamping kita mengambil sistem politik kepartian dari barat kita perlu mengambil juga mengamal Budaya Melayu dan lebih-lebih lagi Tuntutan Ugama Islam yang Maha suci.Dibarat pun selepas pilihan raya umum mereka tidak lagi bercakaran pasal politik kepartian tetapi mereka berkerjasama dalam membangunankan negara dan berusaha untuk menawan hati rakyat juga mensejahterakan rakyat,kerana kesannya akan dilihat pada pilihanraya akan datang.Tetapi di Malaysia kita tak dapat tahu "falasafah" politik mana kita pakai,selepas PRU....terus-terusan berkelahi tanpa ada "gencatan politiking".



Semua Manusia Melayu diMalaysia yang berpolitik kepartian mengaku mereka adalah Manusia Islam,mengamalkan Islam,berjuang menegakan Islam dan menjunjung tinggi Agama Islam.Adakah ini benar datang dari hati atau hanya retorik.Kalau datang dari hati saya rasa tidak akan berlaku seperti apa yang telah dan sedang berlaku.Sebagai Manusia Melayu Islam kita diwajibkan belajar Fardu Ain(Aqidah,Syariah dan Akhlak) sebagai panduan bila ingin mencebur diri dalam apa saja aktiviti termasuk berparti politik.



Sekira diri Manusia Melayu Islam cukup dengan Ilmu Fardhu Ain dan diterjemahkan dalam percakapan dan perbuatan saya tak fikir kekecohan ini akan berlaku.Semua Manusia Islam mempunyai SATU AL QURAN,SAMA MENGAKUI NABI MUHAMMAD SAW ADALAH PESURUH ALLAH DAN CONTOH TERBAIK dalam apa saja perkara hingga TERBAIK dalam berpolitik.Tapi dalam percakapan dan perbuatan amat jauh dari CONTOH TERBAIK tersebut.



Pada pengamatan saya pendidikan awal seseorang adalah amat penting bagi membentuk nilai-nilai.Sebagai contoh bagaimana tidak berkebolehan Melayu dalam mambaca Jawi,KERANA pada tahun 1964 JAWI telah diberhentikan pengajaran disekolah.Pada tahun 1982 matapelajaran muzik di wajibkan disekolah rendah,bila bermuzik kenalah menyanyi,al hasilnya terlalu ramai pelajar ini "pandai" bermuzik dan menyanyi.Kita lihatlah sendiri pada hari ini berapa ramai penyanyi muda dilahirkan oleh sistem pelajaran tersebut.



Dikaitkan dengan ahli-ahli politik zaman ini secara umumnya tidak berakhlak mulia seperti dikehendakai dalam Islam.Sekurang-kurang seperti kata Imam Ghazali Manusia Islam wajib belajar dan amalkan sepuloh sifat Mahmudah.WAJIB berdosa jika tak belajar dan amalkan.Penekanan tentang ilmu akhlak ini boleh dikatakan amat kurang dalam sistem pembelajaran di negara ini.Ilmu akhlak ini tidak diajar macammana Ilmu Aqidah dan syariat diajar.Ia tidak diambil berat sebagaimana kita mengajar anak-anak kita ilmu solat dan membaca Quran.Jauh sekali bila kita mengajar anak kita mata pelajaran Sains,Matematik,Geografi dll ilmu alat,kita bersungguh - sungguh,tak boleh silap.Tapi bila ilmu akhlak apatah lagi jika kita kata Ilmu Tasawuf.....satu macam saja penerimaan kita,malah ada yang melarangnya,takut sesat(persepsi) .Ilmu Tasawuf hanya untuk pelajar pondok,untuk pelajar sekolah ugama,untuk ahli tariqat...!

Berbagai teori dan kaedah yang dicipta oleh akal pemimpin semasa.Malang pemikiran mereka hanya sekadar menyelesaikan masaalah semasa.Bila timbul masaalah lai, lainlah cara dicari oleh pemikir yang mungkin sama dan juga yang berlainan.Walhasil,berbagai cara yang ujud,masyarakat lebih keliru.Masyarakat dijadikan bahan ujian.

Kita ambil contoh tentang sistem pelajaran.Bila ramai manusia Melayu tak boleh baca jawi,maka jawi diperkenalkan semula.Dulu kita ada sistem sekolah Inggeris dan aliran Melayu,ini memberi pilihan kepada masyarakat kemana aliran yang dipilih.Setelah dikebangsaankan semua sekolah,timbul ketidakbolehan pelajar Melayu berbahasa Inggeris,maka akhirnya ujud Pengajaran Matematik Dan Sains dalam Bahasa Inggeris ...isu panas semasa.Masaalah tidak juga selesai...apa keputusannya,kita sama-sama tunggu.

Kita semua tahu Malaysia adalah Negara berbagai kaum dan agama.Tetapi semua kaum dan agama inginkan kebaikan.Jadi ilmu akhlak perlu diajar secara serius agar generasi akan datang terutama yang berparti politik tidak berkelakuan buruk seperti yang ada pada hari ini.

Monday, January 19, 2009

ANTARA SUNNAH YANG HAQ DAN WAJIB YANG BATIL

AMALKAN SUNNAH NABI SALAH ,AMALKAN SUNNAH SYAITAN DIGALAKAN.

Saya tertarik dengan keputusan mahkamah majestret Kota Baru Kelantan terhadap seorang pelajar pondok Pasir Tumboh Ahmad Nasir Darus.Beliau di hukum denda RM 90 atau penjara dua hari.Beliau memilih untuk dipenjara atas dasar beliau berpendapat beliau tidak bersalah dan mempertahankan sunnah Rasulallah saw.

Kekeliruan timbul kerana istilah "LEBAI" dalam peruntukan undang-undang.Yang dibenarkan memakai SERBAN dalam peraturan itu adalah jika anda seorang LEBAI,HAJI DAN BENGGALI.bENGALI kita kenal.HAJI pun mudah kita kenal di Malaysia.Tetapi macam mana dengan LEBAI? Pada pendapat saya sesiapa yang memakai serban/sarban atas dasar keselamatan sama saja.Kalau BENGGALI dianggap tak bersalah memakai SARBAN apa perbezaan dengan orang ISLAM yang memakai SERBAN apabila menunggang motosikal?Tak kira mereka itu LEBAI kah? HAJI kah?IMAM kah?USTAZ kah?Atau mungkin Ah Chong yang ingin pakai TURBAN dari segi peraturan dan kesannya tiada perbezaan,kerana mereka rakyat Malaysia yang MERDEKA!

APA KATA MENTERI BESAR KELANTAN NIK AZIZ BERSIAR DENGAN MOTOSIKAL,APAKAH POLIS YANG SAMA/ATAU YANG LAIN AKAN MENAHANNYA DAN MENDAKWANYA........SAYA RASA TAK AKAN BERLAKU.

Wahai umat yang mengaku Islam hormatilah Ugama Sendiri melebihi ugama lain.Selama ini UMAT ISLAM sangat menghormati ugama lain.Penganut Ugama lain pun(pasal topi keledar) mereka hormat Ugama Islam.

Walaupun perkara ini Sunnah yang sunat,tetapi ia adalah yang HAQ,sebagai umat Islam kita perlu menghormatinya.Mana dia kebebasan beragama di negara sendiri?

Memakai serban bukan perkara yang mudah.Kita lihat beberapa ramai ilmuan Islam di malaysia memakainya,berapa ramai mufti secara istiqamah mengamalkan Sunnah Rasullalah ini,berapa kerat ustaz berserban.DIAKHIR ZAMAN PENGAMALAN SUNNAH RASULALLAH SANGAT TERPINGGIR.MEREKA MENGAMALKAN IKUT YANG MANA SESUAI DENGAN NAFSU BUKAN SECARA KESELURUHANNYA(TAK KIRA SUNNAH ITU ADAT ATAU SUNNAH ITU IBADAH TAPI IA TETAP SUNNAH RASULALLAH....AMALKAN LAH ADA BERKATNYA.

Thursday, January 15, 2009

PEMIMPIN MASYARAKAT ISLAM TAK YAKIN ALQURAN

JAZAM,TAK YAKIN,YAHUDI,CINTA DUNIA

Keganasan Yahudi berterusan,Perbincangan,seruan,forum dan segala macam dilakukan YAHUDI terus mengganas.Kerana Yahudi tahu umat/pemimpin Islam tak yakin dengan agama sendiri.Bila tak yakin dengan agama sendiri maka orang Islam jadi lemah.Ini yahudi dan amerika tahu.Kalau umat/pemimpin Islam YAKIN dan JAZAM dengan agama mereka mereka memang tak berani untuk ganggu Islam.Sejarah dicatatkan dalam al Quran bagaimana bila YAKIN akan kekuasaan ALLAH secara JAZAM Islam akan menang.Lihat zaman Nabi Musa a.s.,zaman Jalut lawan Thalut(zaman Nabi Daud a.s.Sejarah mencatatkan lagi zaman Penghulu Nabi Besar Muhammad s.a.w.Zaman para sahabat dan seterus bagaimana keyakinan Salehuddin Al Ayubi terhadap al Quran dan Hadith.Mereka JAZAM dengan kekuasaan ALLAH.

Apakah pada zaman ini ada orang-orang yang macam yg tersebut diatas.Saya kira tiada.Keyakinan kepada ALLAH bermusim.Keyakinan kepada al Quran bermusim atau ditempat-tempat tertentu apabila ada kepentingan peribadi atau bukan kerana ALLAH.ALLAH telah nyatakan dengan terang dan ijmak ulamak tentang ayat itu bahawa TIDAK REDHA AKAN YAHUDI TERHADAP ISLAM SELAGI TIDAK IKUT MEREKA.Bukan masuk agama mereka,tetapi amalkan cara hidup mereka.Sebahagian besar umat Arab zaman ini telah terima dan amalkan cara hidup Yahudi dan Nasrani.Yang ini Yahudi tak akan usik.Sesiapa yang tak mahu ikut tunggulah masa untuk diganyang.ALLAH telah istihar Yahudi adalah musuh Islam selama-lamanya.Macam Iblis istiharkan bahawa mereka akan goda umat manusia hingga kiamat.Tentang Iblis ni orang Islam YAKIN.Tetapi bila bab YAHUDI ramai yang TAK YAKIN.Kerana apa? Kerana CINTA DUNIA.Mereka masih berbaik dengan YAHUDI.Apakah tidak berniaga dengan YAHUDI umat Islam akan miskin,mundur dan susah.

Setiap kali umat Islam diganyang dari dulu lagi(zaman mutakhirin) umat Islam akan minta tolong dengan MUSUH untuk meredakan keadaan.Apakah seramai Umat Islam yang tak mampu untuk selesaikan keganasan Yahudi.Seperti bila seseorang dirasukan syaitan,meracau maka orang Melayu akan panggil bomoh untuk menyembuhkan,maka bomoh yang gunakan syaitan berubat si pesakit......mana nak sembuh,tak kanlah member nak bunuh member,maka makin teruklah meracau si pesakit tu.Samalah seperti sekarang.bila Yahudi serang orang Islam kita minta tolong dengan Amerika......ya Amerika akan tolong secara hancurkan Islam.Sepatutnya pemimpin Islam minta tolong dengan negara Islam yang sekeliling dengan Rejin Zalim itu.Perang habisan hingga YAHUDI DAN AMERIKA musnah!Guna apa senjata yang ada....MINYAK.Bila kita sekat minyak kononnya kita langgar Undang-undang Antarabangsa,berapa puloh kali Amerika dan YAHUDI langgar Undang Antarabangsa.Pedulikan mereka,undang-undang mereka yang buat mestilah untuk kepentinagan mereka.Apa punya BEBAL pemimpin Dunia Islam masa ini.Bukan masanya lagi untuk umat Islam bertolak ansur dengan YAHUDI DAN AMERIKA ni.

Negara Islam sepatutnya pada masa ini memutuskan hubungan Diplomating dengan semua negara yang bersekongkol dengan Keganasan YAHUDI DAN AMERIKA,InsyaALLAH Islam Akan menang DAN dengan syarat yakinkepada ALLAH secara JAZAM dan buanglah sifat mazmumah CINTA DUNIA......wahai ALLAH Engkau HANTARLAH PEMIMPIN YANG DIJANJIKAN UNTUK HAPUSKAN SEGALA KEMUNGKARAN DIMUKA BUMI MU INI.

Monday, January 12, 2009

YAHUDI GANAS KERANA ARAB CINTA DUNIA

YAHUDI,ARAB,BOIKOT,IKHLAS DAN GANAS

Apabila kita berbuat sesuatu kita mesti berniat ikhlas.Walaupun ikhlas adalah salahsatu rahsia ALLAH tapi tandanya akan ada,hanya jauhari mengenal manikam.Dalam kita bersimpati dengan umat Palestin bermacam cara kita gunakan untuk membantu mereka dari kekejaman kaum Yahudi laknatullah.Memang semua orang yang berperasaan akan simpati.Tanda simpati dihati diluahkan dengan perbuatan sama ada secara terangan atau secara diam-diam/tersembunyi.Perbuatan ini akan ada nilai jika ia ikhlas.Kalau tak ikhlas tak apa kerana ia masih juga memberi manafat kepada umat Palestin.

Secara global umat Yahudi memang dah diketahui satu bangsa yang degil,biadab dan suka mengharubirukan alam ini sejak dari ujudnya kaum ini.Oleh kerana mereka merasa mereka mulia sangat mereka akan buat apa saja tak peduli apa orang lain kata dan apa lagi kalau dibelakang mereka adalah Amerika Yang Jahat.

Dari segi ugama Islam juga nyata tersebut dalam Al Quran dan sejarah bahawa kaum ini adalah kaum yang degil dan sentiasa menentang kebenaran yang dibawa oleh nabi yang dari kaum mereka sendiri,apalagi apabila nabi tersebut adalah dar bangsa lain.SEJARAH TAK BOLEH DIUBAH.Kristian dan Yahudi tak berpuas hati selagi umat Islam tidak mengikut kehendak cara ini.Ini dinyatakan oleh ALLAH dalam Quran.Sebenarnya tiada damai antara Islam dengan Yhudi,jadu pasal apa untuk berunding.Yahudi ini hanya boleh diajar dengan kekuatan tentera dan ekonomi BUKAN rundingan.

Dinegara - negara Islam terutama rantau Arab,negara-negara tersebut buat tak nampak,DIAM SERIBU BAHASA,CELIK TAPI TAK NAMPAK DAN TIDAK TAHU NAK GUNAKAN ANUGERAH ALLAH UNTUK MENOLONG SAUDAR SEUGAMA.Mereka cuma bercakap tanpa melakukan apa-apa.Mereka tahu mereka punya kekuatan tapi sifat bacul dan cinta dunia mereka sangat menebal.Mereka sanggup menolong musuh Islam untuk menghancurkan sesama Islam hanya kerana berlainan fahaman,politik,kabilah dan takut kehilangan dunia.

Di Malaysia memang kita lemah dari segi ketenteraan dan ekonomi dalam kontek menolong Palestin apa lagi jarak fizikal yang jauh.Kita mampu mendoakan,mengadu kepada ALLAH agar beban umat Palestin yang tak tertanggong itu diringankan oleh NYA.Dalam hal ini saya melihat kempen dibuat dari segi memboikot barangan kegunaan kita semacam berjuzuk-juzuk dan kontra antara sma lain.Sebagai contoh PPIM dengan melaungkan anti Yahudi dalam media masa yang mengiklankan barang yang diboikot itu.Selepas berita tersebut maka keluarlah iklan ubat gigi yang diperakui halal oleh JAKIM yang dibuat oleh Amerika.Media Prima secara langsong mengiklan berapa banyak produk yang disenaraikan untuk diboikot dalam masa yang sama menubuhkan tabong GAZA.Apa maksudnya yang tersembunyi dibalik perkara ini.Saya faham mereka terikat dengan Kontrak.KORBANKANLAH.

Anak saya tanya mana satu yang betul?Jawapannya DUA-DUA TAK BETUL.Kerana boikot setakat ubat gigi,coca-cola,starbuck,biskut danone apa lagi iklan menggunakannya lebih kerap dan banyak dari seruan boikot.ULANGAN AKAN MEMBUAT ORANG PERCAYA.Pengerusi Aman Malaysia berkata SETIAP TITIK COCA COLA ADALAH TITIK -TITIK DARAH KANAK - KANAK PALESTIN.Tapi kita lupa SETIAP SAAT IKLAN MELAKUKAN BARANGAN BUATAN YAHUDI/AMERIKA YANG DIBAYAR ADALAH SEPERTI SETIAP BOM YANG DIHANTAR OLEH YAHUDI.Berapa harga coca-cola,colgate berbanding dengan hasil diadapati dari iklan di Media.

Wahai pemimpin yang bersemangat renunglah perbuatan tuan-tuan.Adakah tuan ikhlas atau hanya untuk publisiti murahan.Seperti berlaku kepada seorang pelakun iklan menasihati pengguna supaya menjauhi arak yang dicekup polis/JPJ memandu dalam keadaan mabuk.Seperti sebahagian dari kita melaungkan hapuskan Yahudi dan Amerika tan sedar dalam poket ada Dunhill,Rothman,Lucky Strike dan selepas itu berasap sakan untuk bunuh diri dengan keluaran musuh .......kunun.