Sunday, November 30, 2008

KECIL-KECIL JADI KAWAN BILA BESAR JADI LAWAN

TAK APA.BIARLAH MEREKA MASIH KECIL.NANTI BESAR BERUBAHLAH TU...

Ungkapan - ungkapan yang selalu kedengaran dalam masyarakat Melayu apabila kanak-kanak melakukan perkara yang tidak wajar dilakukan sekiranya mereka adalah orang dewasa.Akibatnya apabila mereka dewasa mereka masih melakukan perkara yang terbiasa dilakukan semasa kecil....apa pula tindakan kita.Kutuk.Ancam.Buat persidangan?Tak selesai juga,buat undang-undang?Undang-undang kalau tak dikuatkuasa ianya hanya cantik diatas saja.Kemudian buat fatwa(bagi umat Islam).

Kita masyarakat Islam selalu melihat sesuatu perkara yang tidak bertepatan dengan Islam sebagai simptom bukan punca masaalah.Bila berlaku perkara seperti pengkids kita mula resah dan terpaksa berfatwa.Padahal puncanya adalah sikap kita sendiri.Semasa anak-anak masih kecil kita selalu kata TAK APA apabila anak-anak berpakaian tidak menutup aurat.Apabila di kelas tadika buat persembahan dengan anak-anak memakai cawat,skirt dan lain - lain kostum yang menjolok mata.para ibu bapa menganggapnya TAK APA,mereka hanya suka-suka saja.

Apabila remaja mereka mula mengenal fesyen pakaian.Malangnya yang lebih dikenali adalah fesyen dari barat.Fesyen yang menutup aurat hanya untuk ustazah,pelajar agama dan semasa upacara keagamaan saja.Para penceramah pula ramai yang mengwar-warkan fesyen apa pun boleh asal tutup aurat.Mereka faham ini asal pakaian yang tutup badan dan tutup kepala itulah pakaian yang menutup aurat.Hasilnya adalah kita lihat anak dara Islam kita pakai jean ketat,T-shirt ketat paras pusat berlengan pendek atau separuh panjang dan bertudung ala kadar.Lama kelamaan bermacam fesyen yang menyerupai lelaki dicipta untuk dipakai oleh gadis-gadis Islam.Ini adalah hasil amalan TAK APA.

KEADAAN MASIH TERKAWAL.BUKAN ANCAMAN.DALAM SIASATAN

Sesuatu perkara yang ekstrim apabila berlaku maka ramailah pemimpin menumpang populariti kumpulan atau isu tersebut.Kenyataan demi kenyataan dikeluarkan.Tindakan tidak juga ada.Kumpulan semakin besar,dari puluhan orang jadi ribuan,puluhan ribu.MASIH DALAM SIASATAN. Kumpulan/isu semakin membesar rakyat mula resah,desakan demi desakan dari berbagai pehak......KEADAAN MASIH TERKAWAL.Kajian demi kajian,kebimbangan masyarakat semakin memuncak kumpulan semakin dapat sokongan sebahagian masyarakat yang menyangkanya betul kerana tiada tindakan dari kerajaan.KUMPULAN INI BUKAN ANCAMAN KESELAMATAN.Tetapi apabila kumpulan tersebut telah kuat dan mengancam kedudukan badan berkuasa,ahli politik.atau menteri barulah orang politik mengunakan kuasa politiknya dengan mengarahkan badan-badan tertentu melakukan apa saja terhadap kumpulan tersebut.......ISA,Majlis Fatwa,SB,ROC dan apa saja alat.Masaalah tak juga selesai.Timbul isu lain dan amalan KEADAAN MASIH TERKAWAL,BUKAN ANCAMAN dan DALAM SIASATAN akan diteruskan oleh kerajaan ini Kerajaan Malaysia.

Monday, November 24, 2008

FATWA SELALU TERLALU LEWAT

Kecoh,sukar diterima,kena kritik,dipertikai dan seribu macam suara akan kedengaran apabila satu-satu fatwa dikeluarkan.Orang bukan Islam pun pertikai atau komen,ini tak pelik kerana mereka tak faham, tapi apa hak mereka untuk pertikai ? bukannya kena mengena dengan mereka.Mereka nak beryoga ke?nak berpengkids ke? Itu hak mereka dan orang Islam pun tak kisah.Cuma jangan mempengaruhi orang Islam agar ikut mereka.

Bagi mereka yang katanya "memperjuangkan" Islam,mengapa memmpertikaikan sebarang fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa secara terbuka.Pejuang Islam tidak melakukan perkara yang tidak bijak.Apa kepentingan badan-badan ini mempertikaikan sebarang fatwa.

Apa yang nyata badan - badan ini mempunyai kepentingan tersendiri bukannya ikhlas Kerana Allah.Sedar atau tidak mereka semuanya telah terpengaruh dengan agenda bukan Islam.Mempertahankan sesuatu amalan,kelakuan,penampilan dan apa saja yang telah diharamkan oleh Islam sama ada nas yang putus dari Quran dan Hadith atau Ijmak Ulamak dan Kias adalah perbuatan yang meruntuhkan Islam bukannya memperjuangkan Islam.

Siapa kah kamu yang mendakwa memperjuangkan Islam di arena lokal atau nasional hatta global,dalam masa yang sama kamu juga secara sedar atau tidak telah merosakkan imej Islam,dari segi syariatnya masih jauh mengamalkan suruhan Islam,dari segi muamalat masih bercampur aduk dengan yang haram,demi kemajuan terima apa saja saranan Barat(Bukan Islam),dari segi sosial, protokol digunakan adalah dari barat(cara makan,berpakaian,susunan jemputan dan apa saja dari Barat/penjajah diterima pakai dengan selesa dan redha.

Majli Fatwa sama ada kebangsaan atau negeri memang saya sebagai Muslim tidak dipertikaikan apa yang difatwakan sama ada sesuatu itu dilarang atau dibenarkan.Cuma dari segi pengurusan berfatwa diragukan.Memang para ahli fatwa tersebut orang alim - alim dalam ilmu Islam tetapi apabila sesuatu fatwa yang dibuat terhadap sesuatu perkara terlalu lewat ia akan nampak seperti mempunyai kepentingan lain.Sebagai contoh pengharaman Al Arqam dibuat setelah ada tekanan dari pemerintah,jadi nampak sebagai haramnya Al Arqam adalah kerana kerajaan mahu ia diharamkan kerana pada masa itu Al Arqam mahu ambil alih kerajaan.Jika alasan Al Arqam mengamalkan ajaran yang salah dari segi aqidah sepatutnya semasa mereka kecil lagi mereka diharamkan.

Begitu juga dengan pengharaman senaman yoga setelah lebih tiga puloh tahun umat Melayu Islam mengamalkannya,telah tumbuh berpuloh-puloh pusat senaman yoga yang sebahagiannya adalah sebagai sumber pendapatan pengusaha dan jurulatih.Tentulah mereka akan melenting.Mempertahankannya walaupun denagn apacara sekalipun.Bukan kerana fatwa itu tak betul tetapi masa keluarnya fatwa tidak betul.Seperti contoh Khatib membaca khutbah terlalu lama/panjang,bukan isi khutbah yang dipertikaikan tetapi khutbah yang panjang itu dipertikaikan,kerana jemaah mempunyai berbagai kepentingan.

Majlis Fatwa perlu pro aktif,berpandangan jauh tentang sesuatu perkara yang berlaku dan nampak akan sebab akibat dari sesuatu penyelewengan amalan sama ada dari segi syariat,akhlak dan lebih-lebih lagi aqidah.

Dari segi penguatkuasaan fatwa saya berpendapat ini adalah masalah yang besar dan menjadi intipati kepada permasaalahan.Berapa ramai individu secara terang-terangan melanggar fatwa yang telah didakwa dan dihukum mengikut Kanun Acara Jenayah Syariah.Perlanggaran fatwa yang mengharamkan upacara peringatan di Tugu Kebangsaan adalah contoh yang klasik tentang tidak berkesannya fatwa tersebut.Fatwa Merokok adalah haram secara jelas pendukong agama Islam termasuk menteri,pensyarah,ustaz,ahli exco dan sebagainya tanpa segan silu merokok dan tidak pernah terdengar mereka didakwa di mahkamah syriah.Banyak lagi contoh yang tak perlu saya sebut disini kerana umat Islam telah tahu.

Paling ganjil dari segi fatwa pada pemerhatian saya adalah pengharaman penyalahan gunaan dadah.Dadah secara jelas tidak disebut dalam Quran atau Hadith(sepanjang yang saya tahu) tetapi hukuman adalah lebih berat dari peminum arak yang tersebut secara jelas dalam Quran dan disebut sebagai ibu segala maksiat dalam Hadith.Di Malaysia arak semacam dihalalkan dengan syarat.Syaratnya diminum secara tertutup,dikelab-kelab exclusif,dimes-mes sama ada mes tentera atau apa-apa mes.

Saya disini menyeru umat Islam agar menerima fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan ata Negeri- Negeri untuk kebaikan Islam yang kita anuti.Dan kepada pehak berkuasa ugama agar bertindaklah kerana Allah sama ada dari segi mmengeluarkan fatwa,penguatkuasaan fatwa,jangan ada perasaan takut kecuali takut yang sebenar takut iaitu takut kepada Allah.LAKSANAKANLAH APA YANG DIPERKATAKAN....

Tuesday, November 18, 2008

Majlis Fatwa Kebangsaan(MFK) kewibawaan kamu sedang dicemari dengan segala macam pandangan yang menjadikan Umat Melayu Islam di Malaysia bercelaru.Kerana fatwa kamu dan penguatkuasaan terhadap fatwa double standard maka orang bukan Islam pun berani mencabar fatwa - fatwa yang dikeluarkan oleh MFK.Bukalah mata kamu dengan bantahan dari orang bukan Islam(pedulikan mereka),bantahan dari mereka menggunakan logik akal dan bantahan dari mereka yang mempunyai fahaman politik yang berbeza dari pegangan politik kamu.

Fatwa tidak sepatutnya dikeluarkan hanya kerana mendapat tekanan atau arahan dari pehak atasan yang mempunyai kepentingan peribadi atau kepentingan kumpulannya.Kerana dalam pemerhatian saya sejak dahulu lagi fatwa yang yang tidak dipatuhi oleh pemimpin negara ia menjadikan fatwa tersebut sebagai bahan ketawa kepada mereka yang tidak/kurang memahami apa yg difatwakan.Kita semua hamba Allah takkira sama ada pemimpin atau rakyat sepatutnya yang wajib adalah wajib bagi semua hambanya,haram maka haramlah kepada semua hamba.Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya perlakuan pemimpin yang melangar fatwa hanya dipandang sepi oleh ahli MFK.Jadi ini akan menjadi contoh kepada rakyat,apa perlu takut melanggar fatwa.

Kepada yang bukan Islam kamu tiada hak untuk mempertikai fatwa,keran kamu tidak tertakluk kepada apa pun perkara yang difatwa kerana ianya adalah untuk orang Islam sahaja.Bab pengkids terpulanglah kepada kamu untuk jadi apa,pengkids,trojan dll selagi ia tidak melanggar undang-undang dan tatasusila bangsa.

Ilmuan Islam negara ini menyentuh fasal Yoga,yang juga hangat diperkatakan dari banyak lapisan rakyat,apa sebenarnya motif ilmuan ini,cari publisiti?Ahli MFK kan ada,Yoga sudah lama di negara ini dan dah lama diamalkan oleh mereka yang beragama Islam,mengapa sekarang baru hendak difatwakan.Kalau benda ini haram,berapa ramai telah terpesong akidahnya.Kalau setakat hujah meniru kaum lain(seperti tersebut dalam Quran),ahli MFK kebangsaan sepatutnya cermin diri,berapa banyak perkara yang kaum lain amalkan telah di amalkan oleh ahli MFK.Perkara-perkara sebegini dipandang sebagai cakap tak serupa bikin,apalagi dari penguatkuasaan.....amat menyedihkan.

Perkara yang memang haram seperti tersebut dalam Quran dan Hadis secara qata'i dan diamalkan oleh ramai pemimpin secara resmi...apa tindakan pehak berkuasa ugama dan ahli MFK.Pandang saja,sabar atau redha?Tak perlu saya sebut apa perkara tersebut kerana satu negara pun tahu.Kami rakyat yang daif ini bolehlah lah sabar atau tengok saja tapi yg punya kuasa kenapa tidak bertindak kerana ALLAH..........RENUNGILAH.