Thursday, October 8, 2009

PEMAKAIAN PURDAH BAGI WANITA

PURDAH

Sejak kenyataan Syeikhul Al Azhar bercadang melarang wanita Islam memakai purdah pada 7hb Oktober .Ia disahut oleh Nik Aziz dan pada hari berikutnya disahut oleh pemimpin muslimah PAS.Apakah wajar dua pemimpin Islam ini ingin mencadangkan pengharamannya?Saya tak hairan kalau saranan ini datang dari SIS atau Pengarah Akademi Fantasia.Tapi datang dari mereka yang kononnya memperjuangkan Islam.Apakah negara ini telah terancam dengan jenayah yang dilakukan oleh orang yg berpurdah?Untuk mengadakan sesuatu arahan atau cadangan biar kena pada tempat dan masa.

Kedua pemimpin ini menyentuh tentang bagaimana menutup aurat wanita dalam Islam.Jadi saya ingin menganjurkan kepada Nik Aziz dan Siti Zailah mengarahkan perempuan PAS supaya menutup aurat dengan sempurna pada setiap masa dan setiap tempat.Sempurna bermaksud dari kaki hingga kepala daripada menyuruh wanita Mukmin membuka purdah.Apakah semua muslimah PAS telah memenuhi tuntutan ini.Jangan kuman di Lembah Kelang nampak tapi gajah di Kota Bahru buat-buat tak nampak.

Apakah lebih bahaya wanita berpurdah dari wanita pakai jean tapi nampak lurah punggung?Walaupun berpurdah tidak wajib,tapi ada nas Hadith menganjurkan.Jadi biarkan mereka yang mampu berpurdah memakainya dan mereka tak pulak me "condemn" yang tak pakai.Kalau muslimah PAS tak mampu atau tak mahu nak pakai tetapi jangan halang kalau ada yang nak pakai.Halang dan tegah lah perkara atau perbuatan yang haram dulu dari menghalang manusia Islam buat perkara harus dan baik

Friday, October 2, 2009

4 GOLONGAN YANG MELAKUKAN KEMUNGKARAN(3)



Golongan Ketiga Adalah Golongan Yang Mementingkan Keduniaan Secara Berlebihan.



Golongan ini sebahagiannya mempunyai ilmu,tahu halal haram dan sebahagiannya mempunyai pendidikan agama secara formal.Tetapi dek tuntutan keduniaan yang berlebihan atau keterlaluan,yang haram dilaggar dan yang wajib dengan senang hati ditinggalkan.Golongan ini menjadikan kepentingan dunia adalah keutamaan hidupnya.



Mereka tahu yang membuka aurat kepada yang bukan muhrim adalah salah,kerana kepentingan dunia(seperti majlis - majlis keramaian yang mana kebanyakan tetamu tidak menutup aurat) maka walaupun ia tahu yang itu adalah dosa tetapi kononnya mengikut keadaan maka aurat didedah.



Kebanyakan umat Islam tahu bahawa rasuah adalah satu kesalahan dari segi agama.Ancaman dari ALLAH amat menakutkan tetapi kerana kepentingan dunia(untuk mendapat habuan dunia) rasuah menjadi seperti amalan biasa.



Seperti pelakon,semasa berlakun menjadi orang alim maka terpacul kata-kata nasihat bahawa berpegang tangan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim adalah dosa, berdua-duaan ditempat sunyi adalah haram.Malangnya apabila ia berlakun jadi orang kaya yang sosial,bukan setakat bersalam malah memeluk perempuan jadi perkara biasa saja,padahal ia tahu yang itu dilarang ALLAH,namun kerana kepentingan dunia.

Satu lagi contoh adalah kerana pangkat didunia,mereka sanggup melakukan yang haram yang diketahuinya,seperti rasuah dan sebahagian nya takut menyatakan kebenaran dihadapan pembesar yang melakukan maksiat kerana jaga pangkat dunianya.Masa ini mereka tidak ingat kepada ALLAH.Penceramah agama yang glamour yang berdegar-degar tentang hukum hakam tetapi kerana kepentingan dunia terpaksa bertolak ansur dengan maksiat kerana kepentingan dunia(wang upah ceramah).

Penyelesaiannya:

Manusia seperti ini memang sukar untuk dipulihkan.Selagi mereka meletakan dunia adalah adalah segala-galanya.Walaupun begitu mereka ini masih ada harapan untuk kembali kepada ALLAH dengan selalu di peringatkan(seperti hadir ceramah - ceramah motivasi ),Dibimbing oleh Guru-guru Mursyid sentiasa muhasabah diri dan memohon kepada ALLAH agar di kuatkan Iman dan lebih mudah lagi jika terjadi sesuatu musibah kepadanya dan keluarga,maka kesedaran akan datang INSYA ALLAH.