Wednesday, July 29, 2009

SELSEMA BABI OH SELSEMA BABI

Dari mula penyakit ini "datang tak dijemput" pehak berwajib mengeluarkan kenyataan "JANGAN BIMBANG",lepas tu "KEADAAN TERKAWAL", selanjutnya "KITA ADA CARA TERSENDIRI UNTUK KAWAL" dan setelah lebih 1,000 kes dan empat kematian mereka masih yakin penyakit ini dapat dikawal sambil mula menyalahkan orang ramai(itu yang kita dengar).Apa yang terjadi dalam bilik mesyuarat kita tak tahu.

Saya melihat SELSEMA BABI akan terus meningkat kerana cara orang yang berkuasa melayani penyakit ini secara TIDAK IKUT PROTOKOL.Apa yang saya maksudkan adalah tentang tindakan yang di panggil KUARANTIN.Apa yang dikuarantin?Pesakit ke?Suspect ke? Incontact Ke? Atau premis?

Apa yang dikuarantin sekarang adalah premis bukan manusia yang diancam SELSEMA BABI.Kita lihat kaedah yang sedang dilaksanakan apa bila satu-satu institusi yang penghuninya ada tanda-tanda Selsema Babi ni.

1. Jika ada suspek maka arahan dan saringan dilakukan dan penghuni di suruh keluar Balik kampong).

2.Penghuni dibiarkan berpusu-pusu keluar dan bercampur aduk dengan manusia diperhentian pengangkutan awam.

3.Didalam kenderaan awam (yang berhawa dingin) mereka bercampur dengan segala macam manusia(sihat atau sakit) .

4.Sampai kerumah mereka bercampur dengan ahli keluarga yang mungkin ada yang sedang bercuti hujung minggu menuntut dimaktab,politeknik dan sekolah berasrama atau tak berasrama.Apajadi mereka ini adalah carrier selsema babi yang baru?

Apa yang berlaku sekarang bangunan dikosongkan tapi penghuninya dibiarkan berkeliaran keseluruh negara selama bercuti 7 hingga 10 hari.

Apakah saringan dilakukan kepada semua penghuni yang INCONTACT.

Apakah jika ada satu kes dikesan dang penghuni diminta meningalkan?Apakah yang lain memang tidak dijangkiti selsema babi?Bagaimana dengan INCUBATION PERIOD NYA?

Janganlah bila berlaku kemalangan tiang lampu dan kenderaan disaman tetapi pemandunya lepas.

Sunday, July 5, 2009

EMPAT GOLONGAN YANG MELAKUKAN KEMUNGKARAN

EMPAT GOLONGAN YANG MELAKUKAN KEMUNGKARAN

Setiap zaman kemungkaran sentiasa dilakukan oleh umat Islam.Bezanya jenis kemungkaran yang dilakukan adalah berbeza dari segi jenis dan peringkat umur yang banyak melakukannya.Kalau dulu yang melakukan kemungkaran adalah terdiri dari mereka yang berilmu.Tetapi sekarang kemungkaran dilakukan oleh berbagai kumpulan manusia Islam.Secara ringkas 4 kumpulan manusia yang sering melakukan maksiat/kemungkaran.

Pertama: Kumpulan Umat Islam Yang Jahil.

Kumpulan ini pada zaman dulu berkurangan kerana budaya menuntut ilmu agama diambil berat.Para ibubapa kebanyakan ingin anak belajar agama.Mereka menghantar anak-anak mereka kerumah tuan guru,kepondok dan paling kurang menghantar anak-anak mengaji Quran kerumah - rumah jiran.

Sekarang,ramai anak -anak umat Islam memandang ilmu agama adalah sebagai ilmu sampingan.Sistem pendidikan lebih menumpukan kepada ilmu-ilmu "duniawi".Maka hasilnya adalah ramai yang jahil tentang ilmu agama Islam.Sehingga ada yang tak tahu membezakan antara Fatihah dengan Syahadah,antara wajib dan haram dan seribu satu kejahilan yang umum tahu.

Kerana kejahilan mereka berterusan melakukan maksiat.Solat ditinggalkan sewenangnya(kerana tidak kesan keduniaan walaupun tak solat).Puasa seperti adat sahaja(kerana bulan Ramadhan semua orang Melayu berbuat begitu).Pergaulan bebas tidak dilihat segai satu kesalahan(kerana terikut budaya asing yang diangap maju).Zina berlaku seperti ianya bukan dosa(kerana suka sama suka).Judi seperti satu cara mencari rezeki(mereka tidak ambil hak orang dan mereka redha meredhai ).Mereka melakukan kerana jahil dan tidak mahu tahu apa yang ada dalam Islam,agama yang mereka "anuti".Maka bergelomanglah mereka dalam dosa.

Penyelesaian:

Mereka perlu dididik dengan Ilmu agama terlebih dahulu sejak dari kecil.Bukan ilmu dunia diajar dulu.Jika anak-anak dididik dengan ilmu agama sejak dari darjah satu hingga tingkatan 3 ,kejahilan ilmu agama akan dapat dihapuskan.Setelah itu baru mereka di ajar ilmu-ilmu duniawi.InsyaAllah dengan didikan agama (Aqidah,Fiqah dan Akhlak) yang sempurna anak-anak ini akan menjadi pelajar yang taat kepada ALLah,Rasul.Ibu bapa dan Guru.