Wednesday, August 26, 2009

BUFET RAMADHAN

BUFET RAMADHAN

Seperti biasa apabila tiba bulan Ramadhan hotel - hotel berebut mengiklankan bufet untuk berbuka puasa.Berbuka puasa dihotel juga telah menjadi kebiasaan sesetengah umat Islam dinegara kita.Ada sebahagian dari umat Islam tidak ambil kisah hotel mana yang dipilih,asalkan dapat berbuka bersama keluarga atau kawan-kawan.Setelah sehari suntuk berpuasa sepatutnya sebagai penutupnya(berbuka puasa) hendaklah secara yang terbaik.Makanan sewajarnya mestilah halal dan berkhasiat.Oleh kerana bukan semua hotel diiktiraf halal makan umat Islam semestinya memilih hotel yang telah diiktiraf Halal oleh pehak berkuasa.Untuk pnduan umat Islam dari lebih kurang 200 buah hotel dinegeri Pahang pada masa ini hanya terdapat 16 buah hotel saja telah diiktiraf HALAL.Senarai adalah seperti berikut:

1.Hotel Sri Malaysia Kuantan,Kuala Rompin dan Genting Highland
2.Hotel MS Garden,Kuantan
3.Suria Cherating Beach Resort,Kuantan
4.Sanctuary Beach Resort,Kuantan
5.De Rhu Beach Resort,Kuantan
6.Classic Hotel,Kuantan
7.Resort Cafe Resort Hotel,Genting Highland
8.Restoran Kampong Resort Hotel,Genting Highland
9.Rompin Beach Resort,K.Rompin
10.Hotel Rossa Passadena,Cameron Highland
11.Hotel Green Park,Temerloh
12.Awana Genting Highland Golf And Country Resort
13.Hotel Summerset.K.Rompin
14.Hotel Grand Continental,Kuantan.

Walaupun berbuka di hotel bukanlah pilihan terbaik bagi umat Islam.Disamping "Mahal" ia juga boleh melalaikan dari mendirikan solat fardhu.Kalau terpaksa berbuka di Hotel berbuka di hotel yang diiktiraf HALAL dapornya.

Tuesday, August 4, 2009

4 GOLONGAN MELAKUKAN KEMUNGKARAN (2)

EMPAT GOLONGAN YANG MELAKUKAN KEMUNGKARAN(2)

Golongan Ke -Dua: BERILMU TETAPI TIDAK DAPAT MELAWAN NAFSU

Golongan ini mempunyai ilmu.Kadang - kadang mempunyai ijazah pengajian bidang keIslaman dari pusat pengajian yang terkenal.Tahu yang mana satu haram dan yang mana satu halal,yang mana benar atau yang mana palsu.Malah boleh bersyarah tentang ugama Islam dengan baik.Malangnya mereka melakukan kemungkaran.Paling tidak dosa kecil yang sengaja dilakukan tanpa rasa bersalah.Mereka melakukan kerana tidak dapat melawan hawa nafsunya.

Mereka tahu dalam Al Quran mengatakan bahawa nafsu sentiasa mengajak kepada kejahatan,tetapi dek tak dapat melawan hawa nafsu,kemungkaran dilakukan dengan tidak rasa berdosa dan berulang-ulang.Bukan tak tahu bahawa Nabi Muhammad pernah berpesan lebih baik pegang bara api dari bersalam dengan perempuan yang bukan muhram.Bagi perempuan pula bukan tak tahu menutup aurat dengan sempurna adalah wajib,tetapi mereka menutup aurat pada masa-masa tertentu saja dek tak dapat lawan nafsu mereka.Sebahagian pula membiarkan anak isteri melaku perkara yang dilarang oleh Islam(bergaul bebas,buka aurat,membawa yang kawan yang berlainan jantina bukan muhram kerumah dll).Bukan mereka tak tahu perkara tersebut mungkar dan dimurkai ALLAH !

Bagi mereka yang tak berpendidikan agama secara formal,mereka juga tahu halal haram,wajib sunat tetapi dek runtunan hawa nafsu yang wajib(solat,tutup aurat) ditingalkan tanpa sedikit pun rasa bersalah.Perkara haram(rasuah,menipu,merampas hak orang,bergaul bebas dll) dilakukan seperti perkara ini lumrah.

PENYELESAIAN:

Manusia seperti ini perlu didedah kan dengan contoh-contoh para sahabat,tabiin zaman lalu agar menimbulkan kesedaran dan keinsafan.Kerana mereka tahu dan berilmu.Mudah mereka menerima dan insaf atas kelalaian mereka.Diadakan majlis muzakarah ilmu agar mereka melahirkan pendapat dan ilmu mereka.Mereka akan sedar apa yang dilakukan tak sama dengan ilmu yang mereka ada secara tak langsung.Isya ALLah mereka berubah.