Monday, November 9, 2009

4 GOLONGAN YANG MELAKUKAN KEMUNGKARAN( 4 )

4 GOLONGAN YANG MELAKUKAN KEMUNGKARAN(4)

Golongan ini di kenal pasti sebagai golongan menggunakan akal yang tidak dipandu oleh nas dan hujah yang muktabar.Mereka terdiri bukan saja yang jahil dari segi ilmu agama malah juga terdiri dari mereka yang tinggi ilmu ugama dan berada dalam kelompok orang yang berkedudukan tinggi dalam masyarakat.Tetapi dek kerana berkepentingan selain dari KERANA ALLAH maka pendapatnya selalu bertentangan dengan Nas Al Quran,Hadis,Qiyas dan Ijmak Ulamak.

Sebagai contoh ,pendapat menghalalkan riba atas dasar kononnya untuk kemajuan dan membangun.Pendapat ini bukan datang dari orang jahil,tetapi datang dari orang berilmu.Walau dalam Islam riba bukan satu perkara kecil yang boleh "dihelahkan" supaya ianya halal.Saya sendiri pernah mendengar perkara ini smasa satu ceramah ugama di mesjid yang disampaikan oleh "ulama" yang berkuasa disebuah negeri,alasannya adalah ......darurat.(?)

Bagi golongan pertengahan pula ungkapan seperti ini selalu terdengar,buat apa aleh pandangan dari memandang perempuan,ka perempuan itu cantik dan dijadikan ALLAH untuk lelaki.Perempuan pula mengatakan cantik ini adalah anugerah ALLAH buat apa nak sorok-sorok.Walau pendapat ini bertentangan dengan hadis tetapi golongan ini meneruskannya dan segan silu menghebahkan apabila ada peluang.

Bagi golongan bawahan pendapat seperti beli nombor ekor(berjudi) tak salah kerana mereka bukan mencuri dan antara mereka telah redha meredhai (macam jual beli juga).

Penyelesaian.

Golongan ini pada pendapat ulamak sukar untuk dipulehkan.Prinsip umum mereka adalah "Pendapat aku adalah yang terbaik walaupun terdapat kesalahan" dan "Pendapat lain walaupun ada kebenaran tetapi masih banyak kelemahan".

Golongan ini jika dibiarkan ia akan merosakan agama terutamnya kepada mereka yang mempunyai peluang terbuka untuk menyampaikan pendapatnya melalui pelbagai media terutamanya para penceramah ,pemimpin dan pelakun.

Golongan ini perlu dipantau oleh pehak berkuasa agama secara rapat dan berterusan dan jika perlu tindakan dengan menggunakan undang-undang.Mereka tak sedar bahawa jika berterusan melakukan nya ia boleh menjejas aqidah,kerana menolak nas Al Quran dan Hadis .

Thursday, October 8, 2009

PEMAKAIAN PURDAH BAGI WANITA

PURDAH

Sejak kenyataan Syeikhul Al Azhar bercadang melarang wanita Islam memakai purdah pada 7hb Oktober .Ia disahut oleh Nik Aziz dan pada hari berikutnya disahut oleh pemimpin muslimah PAS.Apakah wajar dua pemimpin Islam ini ingin mencadangkan pengharamannya?Saya tak hairan kalau saranan ini datang dari SIS atau Pengarah Akademi Fantasia.Tapi datang dari mereka yang kononnya memperjuangkan Islam.Apakah negara ini telah terancam dengan jenayah yang dilakukan oleh orang yg berpurdah?Untuk mengadakan sesuatu arahan atau cadangan biar kena pada tempat dan masa.

Kedua pemimpin ini menyentuh tentang bagaimana menutup aurat wanita dalam Islam.Jadi saya ingin menganjurkan kepada Nik Aziz dan Siti Zailah mengarahkan perempuan PAS supaya menutup aurat dengan sempurna pada setiap masa dan setiap tempat.Sempurna bermaksud dari kaki hingga kepala daripada menyuruh wanita Mukmin membuka purdah.Apakah semua muslimah PAS telah memenuhi tuntutan ini.Jangan kuman di Lembah Kelang nampak tapi gajah di Kota Bahru buat-buat tak nampak.

Apakah lebih bahaya wanita berpurdah dari wanita pakai jean tapi nampak lurah punggung?Walaupun berpurdah tidak wajib,tapi ada nas Hadith menganjurkan.Jadi biarkan mereka yang mampu berpurdah memakainya dan mereka tak pulak me "condemn" yang tak pakai.Kalau muslimah PAS tak mampu atau tak mahu nak pakai tetapi jangan halang kalau ada yang nak pakai.Halang dan tegah lah perkara atau perbuatan yang haram dulu dari menghalang manusia Islam buat perkara harus dan baik

Friday, October 2, 2009

4 GOLONGAN YANG MELAKUKAN KEMUNGKARAN(3)



Golongan Ketiga Adalah Golongan Yang Mementingkan Keduniaan Secara Berlebihan.



Golongan ini sebahagiannya mempunyai ilmu,tahu halal haram dan sebahagiannya mempunyai pendidikan agama secara formal.Tetapi dek tuntutan keduniaan yang berlebihan atau keterlaluan,yang haram dilaggar dan yang wajib dengan senang hati ditinggalkan.Golongan ini menjadikan kepentingan dunia adalah keutamaan hidupnya.



Mereka tahu yang membuka aurat kepada yang bukan muhrim adalah salah,kerana kepentingan dunia(seperti majlis - majlis keramaian yang mana kebanyakan tetamu tidak menutup aurat) maka walaupun ia tahu yang itu adalah dosa tetapi kononnya mengikut keadaan maka aurat didedah.



Kebanyakan umat Islam tahu bahawa rasuah adalah satu kesalahan dari segi agama.Ancaman dari ALLAH amat menakutkan tetapi kerana kepentingan dunia(untuk mendapat habuan dunia) rasuah menjadi seperti amalan biasa.



Seperti pelakon,semasa berlakun menjadi orang alim maka terpacul kata-kata nasihat bahawa berpegang tangan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim adalah dosa, berdua-duaan ditempat sunyi adalah haram.Malangnya apabila ia berlakun jadi orang kaya yang sosial,bukan setakat bersalam malah memeluk perempuan jadi perkara biasa saja,padahal ia tahu yang itu dilarang ALLAH,namun kerana kepentingan dunia.

Satu lagi contoh adalah kerana pangkat didunia,mereka sanggup melakukan yang haram yang diketahuinya,seperti rasuah dan sebahagian nya takut menyatakan kebenaran dihadapan pembesar yang melakukan maksiat kerana jaga pangkat dunianya.Masa ini mereka tidak ingat kepada ALLAH.Penceramah agama yang glamour yang berdegar-degar tentang hukum hakam tetapi kerana kepentingan dunia terpaksa bertolak ansur dengan maksiat kerana kepentingan dunia(wang upah ceramah).

Penyelesaiannya:

Manusia seperti ini memang sukar untuk dipulihkan.Selagi mereka meletakan dunia adalah adalah segala-galanya.Walaupun begitu mereka ini masih ada harapan untuk kembali kepada ALLAH dengan selalu di peringatkan(seperti hadir ceramah - ceramah motivasi ),Dibimbing oleh Guru-guru Mursyid sentiasa muhasabah diri dan memohon kepada ALLAH agar di kuatkan Iman dan lebih mudah lagi jika terjadi sesuatu musibah kepadanya dan keluarga,maka kesedaran akan datang INSYA ALLAH.

Wednesday, August 26, 2009

BUFET RAMADHAN

BUFET RAMADHAN

Seperti biasa apabila tiba bulan Ramadhan hotel - hotel berebut mengiklankan bufet untuk berbuka puasa.Berbuka puasa dihotel juga telah menjadi kebiasaan sesetengah umat Islam dinegara kita.Ada sebahagian dari umat Islam tidak ambil kisah hotel mana yang dipilih,asalkan dapat berbuka bersama keluarga atau kawan-kawan.Setelah sehari suntuk berpuasa sepatutnya sebagai penutupnya(berbuka puasa) hendaklah secara yang terbaik.Makanan sewajarnya mestilah halal dan berkhasiat.Oleh kerana bukan semua hotel diiktiraf halal makan umat Islam semestinya memilih hotel yang telah diiktiraf Halal oleh pehak berkuasa.Untuk pnduan umat Islam dari lebih kurang 200 buah hotel dinegeri Pahang pada masa ini hanya terdapat 16 buah hotel saja telah diiktiraf HALAL.Senarai adalah seperti berikut:

1.Hotel Sri Malaysia Kuantan,Kuala Rompin dan Genting Highland
2.Hotel MS Garden,Kuantan
3.Suria Cherating Beach Resort,Kuantan
4.Sanctuary Beach Resort,Kuantan
5.De Rhu Beach Resort,Kuantan
6.Classic Hotel,Kuantan
7.Resort Cafe Resort Hotel,Genting Highland
8.Restoran Kampong Resort Hotel,Genting Highland
9.Rompin Beach Resort,K.Rompin
10.Hotel Rossa Passadena,Cameron Highland
11.Hotel Green Park,Temerloh
12.Awana Genting Highland Golf And Country Resort
13.Hotel Summerset.K.Rompin
14.Hotel Grand Continental,Kuantan.

Walaupun berbuka di hotel bukanlah pilihan terbaik bagi umat Islam.Disamping "Mahal" ia juga boleh melalaikan dari mendirikan solat fardhu.Kalau terpaksa berbuka di Hotel berbuka di hotel yang diiktiraf HALAL dapornya.

Tuesday, August 4, 2009

4 GOLONGAN MELAKUKAN KEMUNGKARAN (2)

EMPAT GOLONGAN YANG MELAKUKAN KEMUNGKARAN(2)

Golongan Ke -Dua: BERILMU TETAPI TIDAK DAPAT MELAWAN NAFSU

Golongan ini mempunyai ilmu.Kadang - kadang mempunyai ijazah pengajian bidang keIslaman dari pusat pengajian yang terkenal.Tahu yang mana satu haram dan yang mana satu halal,yang mana benar atau yang mana palsu.Malah boleh bersyarah tentang ugama Islam dengan baik.Malangnya mereka melakukan kemungkaran.Paling tidak dosa kecil yang sengaja dilakukan tanpa rasa bersalah.Mereka melakukan kerana tidak dapat melawan hawa nafsunya.

Mereka tahu dalam Al Quran mengatakan bahawa nafsu sentiasa mengajak kepada kejahatan,tetapi dek tak dapat melawan hawa nafsu,kemungkaran dilakukan dengan tidak rasa berdosa dan berulang-ulang.Bukan tak tahu bahawa Nabi Muhammad pernah berpesan lebih baik pegang bara api dari bersalam dengan perempuan yang bukan muhram.Bagi perempuan pula bukan tak tahu menutup aurat dengan sempurna adalah wajib,tetapi mereka menutup aurat pada masa-masa tertentu saja dek tak dapat lawan nafsu mereka.Sebahagian pula membiarkan anak isteri melaku perkara yang dilarang oleh Islam(bergaul bebas,buka aurat,membawa yang kawan yang berlainan jantina bukan muhram kerumah dll).Bukan mereka tak tahu perkara tersebut mungkar dan dimurkai ALLAH !

Bagi mereka yang tak berpendidikan agama secara formal,mereka juga tahu halal haram,wajib sunat tetapi dek runtunan hawa nafsu yang wajib(solat,tutup aurat) ditingalkan tanpa sedikit pun rasa bersalah.Perkara haram(rasuah,menipu,merampas hak orang,bergaul bebas dll) dilakukan seperti perkara ini lumrah.

PENYELESAIAN:

Manusia seperti ini perlu didedah kan dengan contoh-contoh para sahabat,tabiin zaman lalu agar menimbulkan kesedaran dan keinsafan.Kerana mereka tahu dan berilmu.Mudah mereka menerima dan insaf atas kelalaian mereka.Diadakan majlis muzakarah ilmu agar mereka melahirkan pendapat dan ilmu mereka.Mereka akan sedar apa yang dilakukan tak sama dengan ilmu yang mereka ada secara tak langsung.Isya ALLah mereka berubah.

Wednesday, July 29, 2009

SELSEMA BABI OH SELSEMA BABI

Dari mula penyakit ini "datang tak dijemput" pehak berwajib mengeluarkan kenyataan "JANGAN BIMBANG",lepas tu "KEADAAN TERKAWAL", selanjutnya "KITA ADA CARA TERSENDIRI UNTUK KAWAL" dan setelah lebih 1,000 kes dan empat kematian mereka masih yakin penyakit ini dapat dikawal sambil mula menyalahkan orang ramai(itu yang kita dengar).Apa yang terjadi dalam bilik mesyuarat kita tak tahu.

Saya melihat SELSEMA BABI akan terus meningkat kerana cara orang yang berkuasa melayani penyakit ini secara TIDAK IKUT PROTOKOL.Apa yang saya maksudkan adalah tentang tindakan yang di panggil KUARANTIN.Apa yang dikuarantin?Pesakit ke?Suspect ke? Incontact Ke? Atau premis?

Apa yang dikuarantin sekarang adalah premis bukan manusia yang diancam SELSEMA BABI.Kita lihat kaedah yang sedang dilaksanakan apa bila satu-satu institusi yang penghuninya ada tanda-tanda Selsema Babi ni.

1. Jika ada suspek maka arahan dan saringan dilakukan dan penghuni di suruh keluar Balik kampong).

2.Penghuni dibiarkan berpusu-pusu keluar dan bercampur aduk dengan manusia diperhentian pengangkutan awam.

3.Didalam kenderaan awam (yang berhawa dingin) mereka bercampur dengan segala macam manusia(sihat atau sakit) .

4.Sampai kerumah mereka bercampur dengan ahli keluarga yang mungkin ada yang sedang bercuti hujung minggu menuntut dimaktab,politeknik dan sekolah berasrama atau tak berasrama.Apajadi mereka ini adalah carrier selsema babi yang baru?

Apa yang berlaku sekarang bangunan dikosongkan tapi penghuninya dibiarkan berkeliaran keseluruh negara selama bercuti 7 hingga 10 hari.

Apakah saringan dilakukan kepada semua penghuni yang INCONTACT.

Apakah jika ada satu kes dikesan dang penghuni diminta meningalkan?Apakah yang lain memang tidak dijangkiti selsema babi?Bagaimana dengan INCUBATION PERIOD NYA?

Janganlah bila berlaku kemalangan tiang lampu dan kenderaan disaman tetapi pemandunya lepas.

Sunday, July 5, 2009

EMPAT GOLONGAN YANG MELAKUKAN KEMUNGKARAN

EMPAT GOLONGAN YANG MELAKUKAN KEMUNGKARAN

Setiap zaman kemungkaran sentiasa dilakukan oleh umat Islam.Bezanya jenis kemungkaran yang dilakukan adalah berbeza dari segi jenis dan peringkat umur yang banyak melakukannya.Kalau dulu yang melakukan kemungkaran adalah terdiri dari mereka yang berilmu.Tetapi sekarang kemungkaran dilakukan oleh berbagai kumpulan manusia Islam.Secara ringkas 4 kumpulan manusia yang sering melakukan maksiat/kemungkaran.

Pertama: Kumpulan Umat Islam Yang Jahil.

Kumpulan ini pada zaman dulu berkurangan kerana budaya menuntut ilmu agama diambil berat.Para ibubapa kebanyakan ingin anak belajar agama.Mereka menghantar anak-anak mereka kerumah tuan guru,kepondok dan paling kurang menghantar anak-anak mengaji Quran kerumah - rumah jiran.

Sekarang,ramai anak -anak umat Islam memandang ilmu agama adalah sebagai ilmu sampingan.Sistem pendidikan lebih menumpukan kepada ilmu-ilmu "duniawi".Maka hasilnya adalah ramai yang jahil tentang ilmu agama Islam.Sehingga ada yang tak tahu membezakan antara Fatihah dengan Syahadah,antara wajib dan haram dan seribu satu kejahilan yang umum tahu.

Kerana kejahilan mereka berterusan melakukan maksiat.Solat ditinggalkan sewenangnya(kerana tidak kesan keduniaan walaupun tak solat).Puasa seperti adat sahaja(kerana bulan Ramadhan semua orang Melayu berbuat begitu).Pergaulan bebas tidak dilihat segai satu kesalahan(kerana terikut budaya asing yang diangap maju).Zina berlaku seperti ianya bukan dosa(kerana suka sama suka).Judi seperti satu cara mencari rezeki(mereka tidak ambil hak orang dan mereka redha meredhai ).Mereka melakukan kerana jahil dan tidak mahu tahu apa yang ada dalam Islam,agama yang mereka "anuti".Maka bergelomanglah mereka dalam dosa.

Penyelesaian:

Mereka perlu dididik dengan Ilmu agama terlebih dahulu sejak dari kecil.Bukan ilmu dunia diajar dulu.Jika anak-anak dididik dengan ilmu agama sejak dari darjah satu hingga tingkatan 3 ,kejahilan ilmu agama akan dapat dihapuskan.Setelah itu baru mereka di ajar ilmu-ilmu duniawi.InsyaAllah dengan didikan agama (Aqidah,Fiqah dan Akhlak) yang sempurna anak-anak ini akan menjadi pelajar yang taat kepada ALLah,Rasul.Ibu bapa dan Guru.