Monday, January 19, 2009

ANTARA SUNNAH YANG HAQ DAN WAJIB YANG BATIL

AMALKAN SUNNAH NABI SALAH ,AMALKAN SUNNAH SYAITAN DIGALAKAN.

Saya tertarik dengan keputusan mahkamah majestret Kota Baru Kelantan terhadap seorang pelajar pondok Pasir Tumboh Ahmad Nasir Darus.Beliau di hukum denda RM 90 atau penjara dua hari.Beliau memilih untuk dipenjara atas dasar beliau berpendapat beliau tidak bersalah dan mempertahankan sunnah Rasulallah saw.

Kekeliruan timbul kerana istilah "LEBAI" dalam peruntukan undang-undang.Yang dibenarkan memakai SERBAN dalam peraturan itu adalah jika anda seorang LEBAI,HAJI DAN BENGGALI.bENGALI kita kenal.HAJI pun mudah kita kenal di Malaysia.Tetapi macam mana dengan LEBAI? Pada pendapat saya sesiapa yang memakai serban/sarban atas dasar keselamatan sama saja.Kalau BENGGALI dianggap tak bersalah memakai SARBAN apa perbezaan dengan orang ISLAM yang memakai SERBAN apabila menunggang motosikal?Tak kira mereka itu LEBAI kah? HAJI kah?IMAM kah?USTAZ kah?Atau mungkin Ah Chong yang ingin pakai TURBAN dari segi peraturan dan kesannya tiada perbezaan,kerana mereka rakyat Malaysia yang MERDEKA!

APA KATA MENTERI BESAR KELANTAN NIK AZIZ BERSIAR DENGAN MOTOSIKAL,APAKAH POLIS YANG SAMA/ATAU YANG LAIN AKAN MENAHANNYA DAN MENDAKWANYA........SAYA RASA TAK AKAN BERLAKU.

Wahai umat yang mengaku Islam hormatilah Ugama Sendiri melebihi ugama lain.Selama ini UMAT ISLAM sangat menghormati ugama lain.Penganut Ugama lain pun(pasal topi keledar) mereka hormat Ugama Islam.

Walaupun perkara ini Sunnah yang sunat,tetapi ia adalah yang HAQ,sebagai umat Islam kita perlu menghormatinya.Mana dia kebebasan beragama di negara sendiri?

Memakai serban bukan perkara yang mudah.Kita lihat beberapa ramai ilmuan Islam di malaysia memakainya,berapa ramai mufti secara istiqamah mengamalkan Sunnah Rasullalah ini,berapa kerat ustaz berserban.DIAKHIR ZAMAN PENGAMALAN SUNNAH RASULALLAH SANGAT TERPINGGIR.MEREKA MENGAMALKAN IKUT YANG MANA SESUAI DENGAN NAFSU BUKAN SECARA KESELURUHANNYA(TAK KIRA SUNNAH ITU ADAT ATAU SUNNAH ITU IBADAH TAPI IA TETAP SUNNAH RASULALLAH....AMALKAN LAH ADA BERKATNYA.

3 comments:

dokpikiaq said...

itulah...
apabila masing² mencari kesalahan..
masing² nak tunjuk handal..
masing² dgn puak²nya..
masing² x mahu tegur menegur..
masing² x mahu mengaku bodoh..
semoga Allah memberkati dunia akhirat kita sekelian umat muhammad.. amenn.. berkenaan kesulatanan..
anda melayu??
bangsa??
kalau bangsa,mana ugamanya??
mana adap dan adatnya??
kalau ada adap dan adat,mesti ada tamadun,ada tulisannya??
di manakah ia semua??

ya ALLAH,kau jauihilah kami dari tipu daya iblis dan pengikutnya dunia akhirat..
amennn...
-hamba yg fakir-

Unknown said...

Aspek keselamatan macam mana tuan?
Saya rasa tak ada salahnya semasa nak tunggang motor, pecat serban, pakai helmet kejap (kalau rasa helmet lebih selamat dari serban. Ana tengok ramai penunggang pakai serban nipis saja, itu merbahaya, ana yakin Allah pun tak suka.

Abuarif said...

Kalau nak cakap pasal fakta,kita minta fakta dari polis trafik atau saudara dapatkan,berapa ramai penunggang m/sikal yang berserban mati kemalangan jalan raya berbanding dengan yang pakai helmet.Kita jangan yakin sangat dengan alat(walau diakui salah satu usaha)yang lebih penting adalah sikap kita dijalan raya.Oleh kerana manusia sekarang berfikir jika ada alat kita bebas buat apa saja.Dalam pemerhatian saya mereka hanya beserban bila menunggang dalam jarak dekat dan tidak terlalu laju,apabila mereka berjalan jauh mereka juga pakai helmet,mereka mempunyai akal bila masa yang sesuai untuk membuat sesuatu.Mereka yang ingin mengamalkan sunnah Rasulallah SAW biasanya mereka membuat sesuatu dengan cara terbaik.