Tuesday, August 4, 2009

4 GOLONGAN MELAKUKAN KEMUNGKARAN (2)

EMPAT GOLONGAN YANG MELAKUKAN KEMUNGKARAN(2)

Golongan Ke -Dua: BERILMU TETAPI TIDAK DAPAT MELAWAN NAFSU

Golongan ini mempunyai ilmu.Kadang - kadang mempunyai ijazah pengajian bidang keIslaman dari pusat pengajian yang terkenal.Tahu yang mana satu haram dan yang mana satu halal,yang mana benar atau yang mana palsu.Malah boleh bersyarah tentang ugama Islam dengan baik.Malangnya mereka melakukan kemungkaran.Paling tidak dosa kecil yang sengaja dilakukan tanpa rasa bersalah.Mereka melakukan kerana tidak dapat melawan hawa nafsunya.

Mereka tahu dalam Al Quran mengatakan bahawa nafsu sentiasa mengajak kepada kejahatan,tetapi dek tak dapat melawan hawa nafsu,kemungkaran dilakukan dengan tidak rasa berdosa dan berulang-ulang.Bukan tak tahu bahawa Nabi Muhammad pernah berpesan lebih baik pegang bara api dari bersalam dengan perempuan yang bukan muhram.Bagi perempuan pula bukan tak tahu menutup aurat dengan sempurna adalah wajib,tetapi mereka menutup aurat pada masa-masa tertentu saja dek tak dapat lawan nafsu mereka.Sebahagian pula membiarkan anak isteri melaku perkara yang dilarang oleh Islam(bergaul bebas,buka aurat,membawa yang kawan yang berlainan jantina bukan muhram kerumah dll).Bukan mereka tak tahu perkara tersebut mungkar dan dimurkai ALLAH !

Bagi mereka yang tak berpendidikan agama secara formal,mereka juga tahu halal haram,wajib sunat tetapi dek runtunan hawa nafsu yang wajib(solat,tutup aurat) ditingalkan tanpa sedikit pun rasa bersalah.Perkara haram(rasuah,menipu,merampas hak orang,bergaul bebas dll) dilakukan seperti perkara ini lumrah.

PENYELESAIAN:

Manusia seperti ini perlu didedah kan dengan contoh-contoh para sahabat,tabiin zaman lalu agar menimbulkan kesedaran dan keinsafan.Kerana mereka tahu dan berilmu.Mudah mereka menerima dan insaf atas kelalaian mereka.Diadakan majlis muzakarah ilmu agar mereka melahirkan pendapat dan ilmu mereka.Mereka akan sedar apa yang dilakukan tak sama dengan ilmu yang mereka ada secara tak langsung.Isya ALLah mereka berubah.

No comments: