Friday, October 2, 2009

4 GOLONGAN YANG MELAKUKAN KEMUNGKARAN(3)



Golongan Ketiga Adalah Golongan Yang Mementingkan Keduniaan Secara Berlebihan.



Golongan ini sebahagiannya mempunyai ilmu,tahu halal haram dan sebahagiannya mempunyai pendidikan agama secara formal.Tetapi dek tuntutan keduniaan yang berlebihan atau keterlaluan,yang haram dilaggar dan yang wajib dengan senang hati ditinggalkan.Golongan ini menjadikan kepentingan dunia adalah keutamaan hidupnya.



Mereka tahu yang membuka aurat kepada yang bukan muhrim adalah salah,kerana kepentingan dunia(seperti majlis - majlis keramaian yang mana kebanyakan tetamu tidak menutup aurat) maka walaupun ia tahu yang itu adalah dosa tetapi kononnya mengikut keadaan maka aurat didedah.



Kebanyakan umat Islam tahu bahawa rasuah adalah satu kesalahan dari segi agama.Ancaman dari ALLAH amat menakutkan tetapi kerana kepentingan dunia(untuk mendapat habuan dunia) rasuah menjadi seperti amalan biasa.



Seperti pelakon,semasa berlakun menjadi orang alim maka terpacul kata-kata nasihat bahawa berpegang tangan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim adalah dosa, berdua-duaan ditempat sunyi adalah haram.Malangnya apabila ia berlakun jadi orang kaya yang sosial,bukan setakat bersalam malah memeluk perempuan jadi perkara biasa saja,padahal ia tahu yang itu dilarang ALLAH,namun kerana kepentingan dunia.

Satu lagi contoh adalah kerana pangkat didunia,mereka sanggup melakukan yang haram yang diketahuinya,seperti rasuah dan sebahagian nya takut menyatakan kebenaran dihadapan pembesar yang melakukan maksiat kerana jaga pangkat dunianya.Masa ini mereka tidak ingat kepada ALLAH.Penceramah agama yang glamour yang berdegar-degar tentang hukum hakam tetapi kerana kepentingan dunia terpaksa bertolak ansur dengan maksiat kerana kepentingan dunia(wang upah ceramah).

Penyelesaiannya:

Manusia seperti ini memang sukar untuk dipulihkan.Selagi mereka meletakan dunia adalah adalah segala-galanya.Walaupun begitu mereka ini masih ada harapan untuk kembali kepada ALLAH dengan selalu di peringatkan(seperti hadir ceramah - ceramah motivasi ),Dibimbing oleh Guru-guru Mursyid sentiasa muhasabah diri dan memohon kepada ALLAH agar di kuatkan Iman dan lebih mudah lagi jika terjadi sesuatu musibah kepadanya dan keluarga,maka kesedaran akan datang INSYA ALLAH.

No comments: