Monday, November 24, 2008

FATWA SELALU TERLALU LEWAT

Kecoh,sukar diterima,kena kritik,dipertikai dan seribu macam suara akan kedengaran apabila satu-satu fatwa dikeluarkan.Orang bukan Islam pun pertikai atau komen,ini tak pelik kerana mereka tak faham, tapi apa hak mereka untuk pertikai ? bukannya kena mengena dengan mereka.Mereka nak beryoga ke?nak berpengkids ke? Itu hak mereka dan orang Islam pun tak kisah.Cuma jangan mempengaruhi orang Islam agar ikut mereka.

Bagi mereka yang katanya "memperjuangkan" Islam,mengapa memmpertikaikan sebarang fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa secara terbuka.Pejuang Islam tidak melakukan perkara yang tidak bijak.Apa kepentingan badan-badan ini mempertikaikan sebarang fatwa.

Apa yang nyata badan - badan ini mempunyai kepentingan tersendiri bukannya ikhlas Kerana Allah.Sedar atau tidak mereka semuanya telah terpengaruh dengan agenda bukan Islam.Mempertahankan sesuatu amalan,kelakuan,penampilan dan apa saja yang telah diharamkan oleh Islam sama ada nas yang putus dari Quran dan Hadith atau Ijmak Ulamak dan Kias adalah perbuatan yang meruntuhkan Islam bukannya memperjuangkan Islam.

Siapa kah kamu yang mendakwa memperjuangkan Islam di arena lokal atau nasional hatta global,dalam masa yang sama kamu juga secara sedar atau tidak telah merosakkan imej Islam,dari segi syariatnya masih jauh mengamalkan suruhan Islam,dari segi muamalat masih bercampur aduk dengan yang haram,demi kemajuan terima apa saja saranan Barat(Bukan Islam),dari segi sosial, protokol digunakan adalah dari barat(cara makan,berpakaian,susunan jemputan dan apa saja dari Barat/penjajah diterima pakai dengan selesa dan redha.

Majli Fatwa sama ada kebangsaan atau negeri memang saya sebagai Muslim tidak dipertikaikan apa yang difatwakan sama ada sesuatu itu dilarang atau dibenarkan.Cuma dari segi pengurusan berfatwa diragukan.Memang para ahli fatwa tersebut orang alim - alim dalam ilmu Islam tetapi apabila sesuatu fatwa yang dibuat terhadap sesuatu perkara terlalu lewat ia akan nampak seperti mempunyai kepentingan lain.Sebagai contoh pengharaman Al Arqam dibuat setelah ada tekanan dari pemerintah,jadi nampak sebagai haramnya Al Arqam adalah kerana kerajaan mahu ia diharamkan kerana pada masa itu Al Arqam mahu ambil alih kerajaan.Jika alasan Al Arqam mengamalkan ajaran yang salah dari segi aqidah sepatutnya semasa mereka kecil lagi mereka diharamkan.

Begitu juga dengan pengharaman senaman yoga setelah lebih tiga puloh tahun umat Melayu Islam mengamalkannya,telah tumbuh berpuloh-puloh pusat senaman yoga yang sebahagiannya adalah sebagai sumber pendapatan pengusaha dan jurulatih.Tentulah mereka akan melenting.Mempertahankannya walaupun denagn apacara sekalipun.Bukan kerana fatwa itu tak betul tetapi masa keluarnya fatwa tidak betul.Seperti contoh Khatib membaca khutbah terlalu lama/panjang,bukan isi khutbah yang dipertikaikan tetapi khutbah yang panjang itu dipertikaikan,kerana jemaah mempunyai berbagai kepentingan.

Majlis Fatwa perlu pro aktif,berpandangan jauh tentang sesuatu perkara yang berlaku dan nampak akan sebab akibat dari sesuatu penyelewengan amalan sama ada dari segi syariat,akhlak dan lebih-lebih lagi aqidah.

Dari segi penguatkuasaan fatwa saya berpendapat ini adalah masalah yang besar dan menjadi intipati kepada permasaalahan.Berapa ramai individu secara terang-terangan melanggar fatwa yang telah didakwa dan dihukum mengikut Kanun Acara Jenayah Syariah.Perlanggaran fatwa yang mengharamkan upacara peringatan di Tugu Kebangsaan adalah contoh yang klasik tentang tidak berkesannya fatwa tersebut.Fatwa Merokok adalah haram secara jelas pendukong agama Islam termasuk menteri,pensyarah,ustaz,ahli exco dan sebagainya tanpa segan silu merokok dan tidak pernah terdengar mereka didakwa di mahkamah syriah.Banyak lagi contoh yang tak perlu saya sebut disini kerana umat Islam telah tahu.

Paling ganjil dari segi fatwa pada pemerhatian saya adalah pengharaman penyalahan gunaan dadah.Dadah secara jelas tidak disebut dalam Quran atau Hadith(sepanjang yang saya tahu) tetapi hukuman adalah lebih berat dari peminum arak yang tersebut secara jelas dalam Quran dan disebut sebagai ibu segala maksiat dalam Hadith.Di Malaysia arak semacam dihalalkan dengan syarat.Syaratnya diminum secara tertutup,dikelab-kelab exclusif,dimes-mes sama ada mes tentera atau apa-apa mes.

Saya disini menyeru umat Islam agar menerima fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan ata Negeri- Negeri untuk kebaikan Islam yang kita anuti.Dan kepada pehak berkuasa ugama agar bertindaklah kerana Allah sama ada dari segi mmengeluarkan fatwa,penguatkuasaan fatwa,jangan ada perasaan takut kecuali takut yang sebenar takut iaitu takut kepada Allah.LAKSANAKANLAH APA YANG DIPERKATAKAN....

No comments: