Sunday, November 30, 2008

KECIL-KECIL JADI KAWAN BILA BESAR JADI LAWAN

TAK APA.BIARLAH MEREKA MASIH KECIL.NANTI BESAR BERUBAHLAH TU...

Ungkapan - ungkapan yang selalu kedengaran dalam masyarakat Melayu apabila kanak-kanak melakukan perkara yang tidak wajar dilakukan sekiranya mereka adalah orang dewasa.Akibatnya apabila mereka dewasa mereka masih melakukan perkara yang terbiasa dilakukan semasa kecil....apa pula tindakan kita.Kutuk.Ancam.Buat persidangan?Tak selesai juga,buat undang-undang?Undang-undang kalau tak dikuatkuasa ianya hanya cantik diatas saja.Kemudian buat fatwa(bagi umat Islam).

Kita masyarakat Islam selalu melihat sesuatu perkara yang tidak bertepatan dengan Islam sebagai simptom bukan punca masaalah.Bila berlaku perkara seperti pengkids kita mula resah dan terpaksa berfatwa.Padahal puncanya adalah sikap kita sendiri.Semasa anak-anak masih kecil kita selalu kata TAK APA apabila anak-anak berpakaian tidak menutup aurat.Apabila di kelas tadika buat persembahan dengan anak-anak memakai cawat,skirt dan lain - lain kostum yang menjolok mata.para ibu bapa menganggapnya TAK APA,mereka hanya suka-suka saja.

Apabila remaja mereka mula mengenal fesyen pakaian.Malangnya yang lebih dikenali adalah fesyen dari barat.Fesyen yang menutup aurat hanya untuk ustazah,pelajar agama dan semasa upacara keagamaan saja.Para penceramah pula ramai yang mengwar-warkan fesyen apa pun boleh asal tutup aurat.Mereka faham ini asal pakaian yang tutup badan dan tutup kepala itulah pakaian yang menutup aurat.Hasilnya adalah kita lihat anak dara Islam kita pakai jean ketat,T-shirt ketat paras pusat berlengan pendek atau separuh panjang dan bertudung ala kadar.Lama kelamaan bermacam fesyen yang menyerupai lelaki dicipta untuk dipakai oleh gadis-gadis Islam.Ini adalah hasil amalan TAK APA.

KEADAAN MASIH TERKAWAL.BUKAN ANCAMAN.DALAM SIASATAN

Sesuatu perkara yang ekstrim apabila berlaku maka ramailah pemimpin menumpang populariti kumpulan atau isu tersebut.Kenyataan demi kenyataan dikeluarkan.Tindakan tidak juga ada.Kumpulan semakin besar,dari puluhan orang jadi ribuan,puluhan ribu.MASIH DALAM SIASATAN. Kumpulan/isu semakin membesar rakyat mula resah,desakan demi desakan dari berbagai pehak......KEADAAN MASIH TERKAWAL.Kajian demi kajian,kebimbangan masyarakat semakin memuncak kumpulan semakin dapat sokongan sebahagian masyarakat yang menyangkanya betul kerana tiada tindakan dari kerajaan.KUMPULAN INI BUKAN ANCAMAN KESELAMATAN.Tetapi apabila kumpulan tersebut telah kuat dan mengancam kedudukan badan berkuasa,ahli politik.atau menteri barulah orang politik mengunakan kuasa politiknya dengan mengarahkan badan-badan tertentu melakukan apa saja terhadap kumpulan tersebut.......ISA,Majlis Fatwa,SB,ROC dan apa saja alat.Masaalah tak juga selesai.Timbul isu lain dan amalan KEADAAN MASIH TERKAWAL,BUKAN ANCAMAN dan DALAM SIASATAN akan diteruskan oleh kerajaan ini Kerajaan Malaysia.

No comments: