Sunday, March 22, 2009

POLITIK KEPARTIAN KACAU,RAKYAT TERSEKSA

Kegawatan politik kepartian akibatkan keseluruhan sistem politik tak keruan.Ahli politik kepartian bercakaran,saling tuduh menuduh,mengaku mereka saja yang benar orang lain semuanya salah.Walaupun hati penuh dengan hasad dengki,tamak terhadap dunia,memandang rendah orang yang tak sehaluan dengan mereka dan pelbagai penyakit hati,masih tak malu mengaku bersih dan berkeinginan untuk menegakan kebenaran.

Apa yang dirancang jauh dari mencapai kejayaan secara keseluruhan,kerana ahli politik kepartian berebut jawatan untuk mencapai cita-cita peribadi,mencari kekayaan,mencari pengaruh dan menjatuhkan lawan.Rakyat menanggung derita dengan kecelaruan ini.Jaminan ekonomi tak akan merudum hanya penyedap telinga.Fundamental ekonomi kita kukuh hanya menberi peluang kepada peniaga mengaut keuntungan.

Rakyat jelata yang mengundi parti kesukaan mereka menderita dengan kenaikan belanja hidup yang berlaku setia saat.Peniaga yang tamak terus menerus menaikan harga barang dan perkhidmatan.Pemimpin kerajaan terus bertempik buat itu,buat ini kononnya untuk kepentingan rakyat(pengundi),tetapi rakyat terus menerus dikenakan caj hidup yang semakin tinggi.

Dalam pemerhatian saya sejak tiga tahun yang lalu kebanyakan barangan keperluan harian naik sebanyak lebih dari 100 peratus.Pendapatan rakyat tidak naik malah ada sebahagian dari mereka mendapat pendapatan lebih rendah dari sebelum,apalagi jika dinilai dengan nilai mata wang kita yang semakin lemah.

No comments: